Khamis, November 15, 2012


Uik? Sedia ke Si Harun Taib ni nak bertaubat seperti mana yang disarankan oleh Tan Sri Harusani baru - baru ni? Atau adakah dia hanya pandai suruh orang je?

Kalau baca kenyataan Si Harun Taib ni, nampak jelas yang dia pun bersetuju dengan saranan Mufti Besar Perak tu yang mendesak Nurul Izzah agar bertaubat.

Tapi, dalam masa yang sama, Si Harun Taib ni jugak masih lagi nak mendabik dada mengatakan yang PAS ni memperjuangkan Islam.

Nak perjuangkan Islam menda jadahnya lagi kalau isu berkaitan dengan akidah umat Islam pun hanya dianggap sebagai satu perkara biasa?

Bagi PAS, isu Kebebasan Beragama yang dianjurkan oleh Si Nurul Izzah tu bukan la satu isu yang besar dan wajar diberikan perhatian serius.

Apa yang lebih penting bagi Ketua Dewan Ulama PAS ni ialah merampas Kuasa dan menumbangkan Barisan Nasional. Bab soal akidah ni dah jatuh perkara kedua.

Jadi, PAS nak kata yang diorang ni pejuangkan Islam menda kejadahnya lagi kalau isu akidah tu sekadar dibuat sebagai bahan permainan? 

Nampak sangat la PAS ni memang sebuah parti Politik yang sengaja mempergunakan Islam sebagai alat dalam memenuhi agenda Politik demi kepentingan diri mereka sendiri. Diorang ni bukannya nak memperjuangkan Islam. Menjahanamkan lagi ada la!!!
KOTA BHARU - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib meminta Mufti Perak,  Tan Sri Harussani  Zakaria  turut bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.
 
Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama.
 
"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di sini, hari ini.

Sambil mengelak pertanyaan berkaitan Nurul Izzah, Harun tetap mempertahankan kenyataan pemimpin PKR itu yang disifatkan “biasa sahaja."
 
"Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak.  Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Adakah PAS memperjuangkan dasar Islam? bukankah dasar itu telah dihilangkan sejak PAS tidur sekatil dgn DAP...jahanam lah PAS selepas ini, Islam ditolak...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping