Khamis, November 15, 2012


Kesian. Malu pun ye jugak. Sebelum ni, habis satu Malaysia ni diorang dah pukul kompang nak membangga - banggakan diri dalam Muktamar kali ini.

Dakwaan mereka kononnya mereka lebih hebat dari orang lain. Malah Rejim PAS Kelantan pun tak mampu nak menandingi apa yang diorang buat.

Itulah persepsi pertama yang diberikan apabila orang membaca kenyataan pemimpin dari PAS Kedah sebelum ini. Kenyataan tersebut ternyata membuatkan orang menyampah.

Tapi, hasrat nak membanggakan diri dan mendabik dada tu tak ke mana pun sebenarnya. Hanya setakat nak bermegah - megah dengan apa yang diorang buat je.

Hakikatnya, PAS bukannya tau nak menjaga Kebajikan Rakyat. Diorang hanya menjaga 'Kepentingan Pihak Tertentu' sahaja seperti yang dinyatakan oleh perwakilan dibawah.

Nampak sangat la yang PAS ni pun setakat pandai bercakap je. Bila suruh buat, satu hapah pun diorang tak reti. Diorang bukannya nak jaga Kebajikan Rakyat dengan ikhlas. Tapi sekadar nak membanggakan diri. Buat mengabihkan masa je!!!
KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kedah dikritik kerana masih gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa meskipun telah memerintah selama empat tahun.

Perwakilan Kedah, Sarina Ismail berkata, Kerajaan Pas Kedah sepatutnya membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk mencari sumber pendapatan sendiri selain membelanjakan hasil negeri terutama dalam industri balak kepada golongan itu bukannya sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap pemimpin Pas agar tidak lupa diri dan menggunakan jawatan yang ada demi kepentingan peribadi sebaliknya kembali kepada perjuangan asal membela ummah.

"Di Kedah kami masih setahun jagung berbanding di Kelantan. Kita dapati masih ramai wanita yang kurang berkemampuan terpinggir mendapat hak mereka terutama sekali hak-hak kebajikan dan dengan ini perlu kebijaksanaan muslimat di kawasan masing-masing agar golongan ini dapat dibantu.

"Selain itu kita perlu mengiktiraf golongan wanita yang banyak jasanya kepada masyarakat seperti guru al-Quran dan bidan kampung dengan memberi bantuan sewajarnya tanpa mengira fahaman politik," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Di kedah baru 4 tahun.. Di kelantan dah lebih 20 tahun.. Boleh sesapa sebut jasa Kerajaan Pas kepada Wanita?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping