Khamis, November 08, 2012


Rakyat disekitar kawasan Kuantan Pahang diminta agar berhati - hati kerana ada Mak Lampir dilihat sedang berkeliaran. Wanita separuh umur tu dikatakan mengalami gangguan mental.

Semuanya akibat keputusan yang telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah awal pagi tadi berkaitan dengan isu kilang Lynas.

Wanita separuh usia tu sebelum ini telah menjadikan pembinaan kilang tersebut sebagai salah satu dari agenda Politiknya tanpa memikirkan tentang orang lain.

Tapi, semua ini bukan salah orang lain. Sebaliknya, semua salah dia sendiri. Dia sendiri yang cari penyakit. Jadi, tak wajar kalau dia nak salahkan orang lain dalam isu ini. Sendiri bikin, sendiri tanggung la!!!
KUANTAN 8 Nov. - Tiada ungkapan yang mampu dilafazkan sebilangan besar pekerja kilang Lynas Advance Material Plant (Lynas), Gebeng dekat sini selain mengalirkan air mata gembira tanda kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi memutuskan kilang tersebut dibenarkan beroperasi hari ini. 
Hakim Datuk Mariana Yahya dalam keputusannya hari ini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas sebelum ini, oleh tiga penduduk Kuantan sekaligus membolehkan Lynas memulakan operasinya setelah digantung sementara waktu ekoran injunksi berkenaan. 
Kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 500 orang itu berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan di sini sejak awal pagi dan laungan takbir bergema sejurus seorang wakil memberi perkhabaran gembira tersebut. 
Suasana di kompleks tersebut menjadi sayu seketika apabila ada di kalangan mereka mula menangis dan manadah tangan berdoa tanda bersyukur di atas "kemenangan" kecil tersebut. 
Dengan memakai pakaian seragam berwarna kuning manakala penyokong pula memakai baju berwarna biru muda, mereka turut membawa kain rentang tertulis "jangan kacau periuk nasi kami", "siapa nak bagi anak kami makan", "hentikan fitnah terhadap Lynas", "saya memang sayang Lynas" dan "Lynas Kuantan bakal Pusat Teknologi Hijau Negara". 
Keputusan itu bagaimana pun disambut dengan keadaan yang berbeza oleh pihak anti-Lynas yang hanya dianggarkan sekitar 200 orang sahaja hadir. 
Kumpulan anti-Lynas seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang sebelum ini begitu ghairah hadir ke mahkamah bagi mengikuti kes berkenaan seperti tidak dapat menerima kenyataan apabila beredar meninggalkan mahkamah sebaik sahaja mengetahui permohonan mereka ditolak.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping