Nasib yang menimpa penduduk yang terjejas akibat banjir di sini terubat, apabila mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang datang melawat sanggup mengharung bah kira-kira 500 meter untuk melihat situasi sebenar menimpa rumah-rumah yang dinaiki air, di Kampung Parit Yusof, Parit Sulong, di sini.
Beliau tiba kira-kira jam 4 petang dan menghabiskan masa 45 minit bersama penduduk kampung berkenaan.
Muhyiddin kemudiannya turut menyalurkan RM500 wang ihsan dan barangan makanan kepada 34 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Dewan Raya Parit Yusof.
Kelmarin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli melawat penduduk yang menjadi mangsa banjir di sekitar Sri Gading, Sungai Suloh dan Parit Sulong.
Di lokasi berasingan yang turut terjejas, 58 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Comel turut mendapat sumbangan sama.
Penduduk turut berpeluang mendengar taklimat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Medan, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

Hadir sama merasai kesengsaraan mangsa banjir ini ialah Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad; Exco Kerajaan Negeri, Dr Robia Kosai dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan.
Sementara itu, salah seorang penduduk, Siti Maimunah Amin, 73, teruja menerima kunjungan orang nombor dua negara ke rumahnya, dan menganggap ianya satu kejutan bermakna.
“Makcik tidak menyangka beliau akan turun untuk melihat sendiri kami di sini, kami rasa sungguh bertuah,” katanya ketika ditemui di kediamannya.
“Makcik tidak menyangka beliau akan turun untuk melihat sendiri kami di sini, kami rasa sungguh bertuah,” katanya ketika ditemui di kediamannya.
Ps: Hmm... Mana pulak Si Cikgu Mala ni? Dia tak turun pulak ke redah hujan dan membuat lawatan untuk bertemu dengan mangsa banjir?
Hari tu masa kat Tenang, bukan main lagi puak - puak Parti Angguk Saja ni ambik gambar dia dok sedap meredah banjir sambil main air.
Tapi, takkan la dia sanggup buat macam tu masa Pilihan Raya je kot!!! Kalau tak Pilihan Raya, tak boleh buat ke??? Kalau setakat wayang, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.