Ya! Memang tak syak lagi. Hakikatnya Parti Angguk Saja tu memang cukup hebat. Tak de satu pun parti didalam dunia ni yang mampu menandingi mereka.
Bukan sahaja mereka boleh keluar fatwa, menjatuhkan hukum kafir sesama Islam dan mendoakan kemusnahan umat Islam yang lain. Malah mereka mampu buat lebih dari itu.
Apa yang mereka mampu buat? Ha... Ini yang nak diceritakan ni. Puak - puak Parti Angguk Saja tu sanggup melakukan apa sahaja demi serakah Politik mereka.
Sampaikan mereka boleh menghalalkan penceraian diantara suami dan isteri sekiranya ada dikalangan mereka yang membelot. Hah! Macam mana? Tak hebat lagi ke?
Mana ada parti Politik dalam dunia yang sanggup buat macam tu. Waima Ikhwanul Muslim di Mesir pun tak berani nak ambik langkah ekstrem sedemikian rupa.
Jadi, jangan pelik la kalau puak - puak PAS ni dituduh Gila Kuasa. Sedangkan larangan dalam Islam yang macam tu pun diorang sanggup langgar, inikan pulak kalau disuruh jadi pencacai kepada puak - puak PKR dan DAPigs tu!!! Setakat jadi pencacai, apa la sangat!!!
Sampai bila-bila pun ada satu perkara yang pemimpin UMNO tidak mampu menandingi kelebihan PAS, yakni membuktikan kesetiaan pada parti dengan mempertaruhkan isteri yang sah dinikahi sebagai barang cagaran bagi menjamin kelangsungan kerjaya politik sang suami.
Katanya demi menjamin kesetiaan calon dan wakil rakyat kepada parti selanjutnya mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali sebagaimana kejatuhan yang dialami oleh Kerajaan DAP PAS Perak pada 2009.Bunyinya seperti PAS agak meragui tahap kesetiaan calon dan wakil rakyat dari PKR dan DAP terutama sekali PKR tentunya, maka disebabkan itulah timbul desakan supaya kedua-dua parti tersebut mengikuti kaedah sumpah baiah seperti diamalkan oleh PAS.Tahukah kalian kenapa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali tidak keluar dari PAS sekalipun kerapkali difitnah, diperlekeh dan dihina oleh pimpinan PAS yang lain berikutan ketegasan Hasan mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya dari asakan DAP?Sebaliknya PAS pula yang terpaksa mengambil langkah drastik dengan memecat bekas Naib Presiden PAS itu tanpa diberi peluang pembelaan diri semata-mata untuk menjaga hubungan politik PAS dengan PKR dan DAP. Kenapa & mengapa?Jawabnya kerana kewujudan sumpah baiah yang mana sekiranya Hasan secara rela keluar atau berhenti dari PAS, automatik ikatan perkahwinannya dengan isteri akan terputus (talak tiga). Namun apabila Hasan dipecat oleh PAS, sumpah baiah talak tiga ke atas isterinya tidak lagi sah.Bagi pelayar internet yang pernah mengikut isu sumpah bai'ah sebelum ini tentunya pernah melihat sendiri video ceramah seorang wakil rakyat PAS yang mengakui risiko keluar dari PAS bermakna akan tertalak tigalah hubungannya dengan isteri tersayang. Tak sanggup katanya.Inilah wajah sebenar PAS, parti politik paling celaka atas muka bumi hanya untuk menjaga kepentingan politik kepartian sanggup dipaksa calon-calon pilihanraya dan wakil rakyatnya mencagar ikatan suci suami isteri untuk dipertaruhkan demi kemahuan parti.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.