PADAN MUKA!!! Itu je ayat yang paling sesuai dilemparkan ke muka – muka puak – puak Rejim Pakatan Haramjadah kat Selangor tu. Siapa suruh diorang berlagak tak tentu arah dan nak tunjuk yang diorang tu pandai sangat.
Sekarang, bila dah kena batang hidung sendiri, tau pulak diorang nak meroyan dan salahkan orang lain diatas keGAGALan mereka untuk menangani masalah air di Selangor. Mula la diorang cari kesilapan – kesilapan pihak – pihak yang tertentu.
Sebelum ini, kita dah dimaklumkan mengenai krisis air dikawasan Seksyen 7 Shah Alam dimana terletaknya rumah kediaman Si Khalid Ibrahim tinggal pun turut mengalami gangguan bekalan air selama berhari – hari.
Kali ini, tiba pulak giliran Si Hannah Yeoh mengamuk dalam laman social twitter miliknya dan menyalahkan pihak PUSPEL kerana kerap kali mengalami gangguan bekalan air dikawasan SS 12 - SS 19, Subang Jaya.
Yang herannya, kenapa pulak nak disalahkan PUSPEL dalam isu ni? Kenapa Si Hannah Yeoh tu tak bawak masalah tersebut terus kepada pengetahuan Khalid Ibrahim dan masih mahu mewar – warkan didalam laman Twitter?
Adakah Si Hannah Yeoh tu sedar bahawa tindakan yang dia buat tu hanya memalukan Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim kerana dituduh GAGAL untuk menjaga Kebajikan Rakyat di Selangor?
Ke Si Hannah Yeoh ni takut nak bawak ke pengetahuan Khalid Ibrahim sebab dia risau nanti Si Khalid Ibrahim tu suruh dia tadah air hujan macam yang disarankan oleh Rejim Pakatan sebelum ni kot. Tu pasal la dia salahkan PUSPEL. Tak gitu?
Nah!!! Bukan ke itu bukti bahawa masalah air di Selangor ni kian kritikal dan memang melibatkan sekalian rakyat yang ada di Selangor termasuk la pemimpin – pemimpin Rejim Pakatan tu sendiri? Pun diorang masih nak menafikannya?
Malangnya, walaupun kejadian ini berlaku dan terkena pada batang hidung mereka sendiri, tindakan yang lebih afirmatif masih lagi tidak diambil oleh pihak Rejim Pakatan. Mereka masih lagi nak melengah – lengahkan usaha dalam mencari jalan penyelesaian.
Pukul la gendang sekuat mana pun sambil mendabik dada mengatakan yang diorang ni bagus menjaga Kebajikan Rakyat, tapi kalau setakat cakap kosong je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je. Setakat cakap besar, tapi hasil tak dak, apa guna?
Jelas, Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Khalid Ibrahim serta konco – konco dia ni bukannya nak memperjuangkan Hak Rakyat, malah jauh sekali mereka hendak membantu rakyat mengurangkan beban yang sedang dihadapi.
Bagi mereka, kesengsaraan rakyat tu hanya satu perkara remeh dan boleh diperkecilkan. Apa yang penting bagi mereka ialah untuk terus mempolemik dan mempolitikkan isu air ni selama mana yang boleh.
Macam tu ke yang mereka maksudkan menjaga Kebajikan Rakyat? Itu ke yang selalu didabik dadakan oleh Si Khalid Ibrahim dalam ceramah – ceramah yang dibuat sebelum ini? Nampak sangat la agenda mereka semata – mata nak membanggakan diri. Bukan la diorang berjuang untuk rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.