Selasa, November 06, 2012


Rasanya tak perlu nak dipertikaikan lagi bahawa setiap orang Melayu di Malaysia ni adalah juga orang Islam kerana mereka dilahirkan Islam.

Tatkala keluar dari perut ibu, mereka akan diazankan bagi lelaki atau diiqomah bagi perempuan menandakan bahawa mereka Islam.

Sepanjang pembesaran anak - anak ini, mereka diajar dan didedahkan tentang Islam. Diajar untuk mendirikan solat, berpuasa dan semua yang terkandung dalam Rukun Islam.

Mereka juga turut dididik untuk memahami serta menghayati pemahaman yang terkandung dalam Rukum Iman. Dan memang inilah kebiasaannya dalam komuniti Melayu di Malaysia.

Tetapi, jika mereka dewasa, adakah mereka berhak untuk memilih agama mereka sendiri sedangkan dari kecil mereka dididik dengan Islam?

Jika dibenarkan sekali pun, kenapa mereka mahu bertindak sedemikian sedangkan Islam itu adalah Benar dan selain daripadanya dianggap sebagai Kufur serta Sesat.

Jadi, macam mana pulak Si Khalid Gereja ni boleh bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah walhal ianya bertentangan dengan Islam?

Inilah buktinya bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya hanya mempergunakan Islam demi untuk kepentingan Politik diorang je!!! Bukannya diorang nak berjuang untuk menegakkan Islam pun!!!
PAS Shah Alam MP Khalid Abdul Samad hari ini mempertahankan kenyataan Nurul Izzah Anwar bahawa tidak ada paksaan dalam agama.

"Apa yang penting ialah orang mesti memeluk Islam kerana percaya; orang-orang yang beragama Islam kerana mereka adalah Melayu, Allah tidak akan terima; orang yang beragama Islam kerana mereka terpaksa, Allah tidak akan terima."

"Ia perlu berdasarkan pilihan peribadi, kebebasan untuk memilih Islam, itulah apa yang kita mahu," katanya.

Memang hebat Khalid Samad dan PAS keluar fatwa.

Jadi, kalau berdasarkan pada fatwa Khalid Samad dan PAS, orang yang asalnya Islam tetapi selepas itu dah kurang yakin pada Islam, maka tak salah lah dia keluar Islam sebab itu pilihan peribadi dia.

Kalau ikut fatwa Khalid Samad dan PAS ni, murtad bukan satu masalah kerana ianya bergantung pada pilihan peribadi masing-masing. 
Tak kisahlah kalau dia lahir sebagai orang Melayu dan dibesarkan sebagai orang Islam, kalau dia dah tak percaya, suka hati dialah kalau nak keluar Islam.

Yang orang lain nak kecoh-kecoh buat apa, ni kan kebebasan beragama. - seterusnya...
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Maap cakap....aku tk leh nl tgk mula Mamat ni

    BalasPadam
  2. Apa salah manusia berubah agama ? Agama yang baik tak takut tiada penganut melainkan agamanya yang bermasalah ! Agama yang baik tak harus paksaan dan harus mengikut zaman bukan terlalu mengikut zaman lama. Agama adalah untuk kepercayaan individu malangnya ada agama sudah diperalatkan untuk kuasa politik menjadi dunia ini tidak aman......

    BalasPadam
  3. KENA PADA KELUARGA SENDIRI PADAN MUKA KO, KALID OOI!...

    BalasPadam
  4. Kalau Melayu dah bebas memilih agama. Tak lama lagi di bawah pemerintahan PR kelak ramailah anak Melayu makan babi, minum arak, bebas sex kerana Melayu di Malaysia ini belum tentu seorang Islam. Tabiiiiirrr! Maysaallah, apa dah jadi dengan pemimpin dan pengikut PAS yg bersubahat dengan orang orang yg liberal ni?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping