Selasa, November 06, 2012


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.

"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

“(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.

“Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.
Ps: Bak kata pepatah Melayu - Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya. Agak -agaknya, Si Nurul Izzah ni nak saman sapa ye?

Inilah tindakan yang membuktikan bahawa pemimpin Pakatan Pembangkang ni bercakap tak guna Kepala Otak, tapi guna Kepala Lutut. Sendiri bikin, sendiri tanggung la wei!!! Siapa suruh dia pandai - pandai je buat tafsiran sendiri!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Jangan lupa ambil tindakan juga terhadap Malaysiakini, sebab Utusan petik sumber dariu Malaysiakini..

    Hahahahaa

    BalasPadam
  2. Sokong Nurul ! Kepercayaan agama tidak boleh paksaan yang paksaan bukan agama ! Inilah Parti Keadilan memberi keadilan kepada semua kaum ! Sokong Parti Keadilan baru kita dapat adil ! Sokongan ! Sokongan ! Sokong !

    BalasPadam
  3. NURUL A/P ANWAR BUDAK KURANG DIDIKAN AGAMA. LAKI DIA TAK MARAH KER?

    BalasPadam
  4. kenyataan yang dikeluarkan keterlaluan dan menghina agama..sangat krang ajar.kalo mcm tu dia beragama apa????

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping