"Macam ke standard Ketua Dewan Pemuda PAS? Isytihar harta pun macam tak ikhlas. Kalau nak buat, buat betul - betul la.Jangan la nak memperbodohkan ahli. Apa, dia ingat lawak sangat la kalau dia buat macam tu? Ingat benda ni satu perkara main - main ke?Ahli PAS nak tengok, sejauh mana keikhlasan pemimpin - pemimpin PAS. Bukannya nak diperbudak - budakkan tak tentu arah macam ni.Nampak sangat Ketua Pemuda PAS ni sengaja nak menghina ahli - ahli PAS dengan mempermainkan mereka semata - mata. Apa yang dia buat memang tak ikhlas. Kalau setakat nak main - main, baik tak payah buat lansung. Mengabihkan masa je!!!"
Ps: Luahan tersebut satu lagi luahan yang datang dari sahabat Semut yang hadir perwakilan hari ini. Dia cukup rasa terhina bila dipermainkan sedemikian.
Tapi, apa nak heran dengan puak - puak PAS ni. Diorang mana pernah serius pun dalam melaksanakan satu - satu tindakan. Diorang ni banyak main - main je.
Sedangkan bab agama pun diorang boleh jadikan bahan mainan dan alat dalam Politik, inikan pulak nak mengisytiharkan harta. Lagi la diorang tak ambik kisah. Macam yang sahabat Semut katakan tadi la. Kalau setakat nak main - main, bak tak payah buat!!!
KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini."Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut."Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang, " ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap. Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru."Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800."Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.
Hahaha tindakan Bodoh yang dirasakan pandai
BalasPadamhahaha dia ni tahu tak istihar hara tu apa. inilah yang dinamakan tindakan bodoh yang dirasakan pandai hehehe
BalasPadamwalau pun dikatakan bodoh ada yg mengatakan lucu paling tidak dia telah membuka laluan apa yg sepatut di lakukan semua pemimpin mana mana parti sama ada di perintkat negeri atau parlimen baru baru ini ada saorang pemimpin pering negeri mengatakan `calon yg akan betanding misti istihar harta` kita nak tenguk berani ke dia membawa ka perhimpunan agong UMNO yg akan datang berani kah dia menghadapi tendang terajang pemimpin UMNO yg begitu sensitiv dengan hal istihar harta ni..lain pekataan amat takut kena istihar harta kepada rakyat
BalasPadam