Kalau Mak Janda Ni Gila Pada Dia, Memang Haru La Jawabnya!!! |
Kalau semalam, hanya seramai 100 orang je yang berkumpul untuk serahkan memorandum. Hari ni bilangan tu dah semakin meningkat.
Tapi, macam biasa la. Si Khalid Gagap tu jenis manusia yang Penakut. Dia mana berani nak turun sendiri dan berjumpa dengan rakyat secara terang - terangan.
Dia setakat pandai bersembunyi di sebalik dinding batu. Walaupun yang datang tu hanya ibu - ibu tunggal dan bukannya segerombolan lelaki yang kaki pukul.
Apa yang dia mampu hanya untuk menghantar seorang wakil dia sahaja. Tu pun wakil tu tak mampu nak jawab soalan yang dikemukakan oleh ibu - ibu tunggal tu.
Yang dia jelaskan pada mereka, manifesto Pakatan Pembangkang sebelum ni tak sebut lansung pasal nak bagi duit kepada ibu - ibu tunggal ni.
Kononnya, kata dia, bantuan dari Rejim Pakatan Selangor tu bagi secara 'Holistik' dan bukannya wang ringgit seperti yang dituntut oleh mereka.
Adakah dia nak kata yang ibu - ibu tunggal tu semuanya menipu belaka? Adakah dia nak labelkan ibu - ibu tunggal tu bodoh sampai tak tahu lansung mengenai perkara tersebut?
Sama ada bantuan diberikan dengan menggunakan wang tunai atau sebagainya, itu bukan masalahnya. Masalahnya sekarang bantuan tu TAK ADA PUN!!!
Dah 3 tahun memerintah, Rejim Pakatan Selangor tu satu hapah pun tak bagi apa kat diorang. Setakat bagi janji bulan dan bintang, buat apa. Buat mengabihkan masa je.
Dulu pandai sangat mendabik dada kata diorang pandai jaga Kebajikan Rakyat. Siap kompang lagi dengan orang - orang kampung cakap diorang ni bagus.
Tu semua masa berceramah je. kalau bab bercakap, memang sampai boleh runtuh bumbung khemah. Tapi bila bab perlaksanaan, satu habuk pun tarak. Setakat cakap je lebih. Macam sial!!!
SHAH ALAM 23 Nov. - Sebanyak 600 ibu tunggal mengadakan perhimpunan aman di luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini bagi menuntut elaun mereka seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman yang mewakili kumpulan wanita tersebut turut menyampaikan memorandum menuntut elaun mereka kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Murtini, kehadiran 600 ibu tunggal itu bukan mahu menimbulkan kekacauan sebaliknya hanya menuntut hak mereka yang dijanjikan kerajaan negeri.
Apabila mereka menang, janji-janji tersebut telah dilupakan, kami berharap wakil Menteri Besar membawa perkara ini ke pengetahuan beliau, jika tidak perhimpunan ibu tunggal lebih besar akan diadakan pada masa depan," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.