Hah!!! Sedangkan Ketua Menteri Melaka pun orang beria - ia pertikaikan kenduri kahwin anak dia sampai ada yang buat laporan Polis, yang ni tak de nak buat report pulak ke?
Bayangkan la. Dari mana datangnya duit diorang nak buat kenduri sampai RM 200ribu tu? Kerja apa suami dia sampai mampu nak labur sebegitu banyak?
Tapi, persoalan tu tak nak pulak ditimbulkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Tak nak pulak diorang buat laporan Polis dan sebagainya.
Itulah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Kalau bab buat kerja yang tak berfaedah, memang diorang cukup handal. Tapi, kalau suruh jaga Kebajikan Rakyat, satu hapah pun diorang tak reti buat!!!
PETALING JAYA: Ratu rock negara, Ella telah membelanjakan sebanyak RM200,000 bagi mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Azhar Ghazali, 30 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember ini di Kelab Darul Ehsan di Ampang, dekat sini.Perancang perkahwinan pasangan itu, Syed Yusof Wafa memberitahu portalredcarpet.net.my majlis itu juga turut mendapat pelbagai tajaan daripada pelbagai pihak."Kami turut mendapatkan beberapa tajaan termasuk baju pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini," ujarnya.Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh 600 tetamu dengan warna kelabu sebagai tema utama.Antara nama-nama yang telah mengesahkan kehadiran mereka pada majlis itu nanti adalah Fasha Sandha, Nora Danish, Datuk Ramli MS, Datin Ziela Jalil, Datuk AC Mizal, Jamal Abdillah, Misha Omar, Amy Search dan Azlan & The Typewriter.Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut dijangka hadir sebagai tetamu khas.Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly itu dengan sekali lafaz pada 7 Julai lalu.Pasangan itu bernikah di rumah abang kepada Ella di Teluk Gadong, Klang di sini.Mereka telah berkenalan selama sembilan tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman solo.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.