Isnin, November 05, 2012


Adakah ini contoh Kebebasan Hak Bersuara yang sering dilaung - laungkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu selama hari ini?

Adakah ini bukti Keterbukaan dan Kesediaan mereka dalam menjalankan amanah rakyat seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini?

Bila ada je pemimpin yang mendedahkan perangai buruk diorang, mula la macam - macam ancaman yang dikeluarkan. Lepas, siap dengan caci hamun lagi.

Tak cukup dengan tu saja. Malah diorang siap diugut tak kan naik jadi calon dah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Itu yang dikatakan Kebebasan Hak Bersuara?

Jadi, tak heran la kalau Si Manikavasagam ni sanggup mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam Rejim pimpinan Khalid Ibrahim ni.

Kalau dia simpan pun, tak dapat apa jugak. Sekurang- kurangnya, dengan pendedahan yang dibuat dapat jugak memberi maklumat kepada rakyat. 

Tindakan dia tu setidak - tidaknya mampu menyedarkan rakyat bahawa Rejim Pakatan ni lagi zalim. Diorang peduli apa dengan bantahan rakyat. Sampaikan jual tanah pun buat macam Bapak dia punya!!! Memang sah, lagi teruk dari Zionis!!!
SHAH ALAM: Keputusan kerajaan negeri Selangor membenarkan tanah milik Yayasan Selangor dibangunkan oleh Persada Istimewa Sdn Bhd diragui Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Menurut beliau seolah-olah "ada yang tidak kena" dengan keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu melibatkan tanah Bumiputera seluas 16 ekar dengan harga pasaran yang kini mencecah RM50 juta.

Beliau berkata sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, masalah melibatkan kroni dan penyelewengan telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Namun kini beliau melahirkan rasa khuatir sekiranya perkara sama akan berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Tambah Manikavasagam, tanah tersebut juga tidak sepatutnya dibangunkan untuk tujuan projek membina Pusat Kebudayaan Cina kerana ia terletak berhampiran masjid.

"Tapi sekarang, tanah bersebelahan masijid itu, saya rasa tidak patut ditukar hak milik atau tukar nama. Kalau boleh, cari tanah yang lebih jauh atau kawasan lain untuk buat pusat kebudayaan. Kita tidak boleh rampas.

"Bila kerajaan negeri sendiri buat macam ini, ada masalah. Seperti ada kroni. Itu yang dulu kerajaan BN buat kita tuduh macam-macam. Tapi bila kita memerintah dan kita pula buat, saya rasa ada yang tidak kena," katanya.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Ikut dio la,dio nak jual ko,nak bli ko...lu peduli apo!!jealeuosko....semut hitam??

    BalasPadam
  2. Fitnah lagi....semut hitam.!!

    BalasPadam
  3. Manusia bodo cmni pon ada ker

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping