Kalau dulu, kita biasa dengar kisah Pramugara Terlampau. Lepas tu merebak pulak ke kisah Datin Melampau, Pengarah Melampau dan sebagainya.
Sekarang ni, ada pulak satu lagi kisah yang Terlampau ni. Hah! Terlampau apa pulak? Terlampau taksub dengan perjuangan Politik sendiri.
Punya la dia taksub sampai dia lupa bab - bab Hukum Hakam Agama. Semuanya dia main langgar ikut suka dia je. Tu pasal la dia suka buat kerja yang bukan - bukan!!! Bila dah kantoi, takut pulak nak mengaku!!!
LANGKAWI 11 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan melampau.Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak."Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah."Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat, hari ini.Dr. Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama Persekutuan itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.