Jumaat, November 02, 2012


ALOR SETAR - Pemandu lori padi yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Permatang Limau, Tualang dekat sini petang semalam yang menyebabkan empat sekeluarga maut dan seorang lagi parah, kini ditahan polis sehingga 5 Nov ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Rohana Omar berkata pemandu yang berumur 19 tahun dari Kubur Panjang itu ditahan polis selepas dia membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini malam tadi.

"Kami telah tahan pemandu itu bagi membantu siasatan dan kami masih menyiasat sama ada pemandu itu memiliki lesen memandu atau tidak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata lori itu akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan bagi mengetahui adakah lori itu bermasalah atau tidak.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, empat maut manakala seorang parah selepas kereta Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan lori padi berhampiran Kampung Permatang Limau.

Mereka yang terbunuh ialah Shafie Abd Hamid, 57, isterinya Che Faridah Ani, 60, dan dua anak mereka iaitu Ibtihal, 26, dan Nurul Faiz, 24. Keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.

Seorang lagi anak pasangan itu, Muhd Iqbal Zakuan, 15, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Sementara itu, bapa saudara Muhd Iqbal Zakuan, Sharon Awang Kechik, 50, berkata keadaan Muhd Iqbal Zakuan semakin stabil dan telah dimasukkan ke wad biasa.

"Dia (Iqbal) sudah sedar malam tadi dan boleh bercakap. Dia ada bertanyakan tentang ahli keluarganya yang lain kepada abangnya tetapi abangnya masih belum memberitahu hal yang  sebenar.

Abang dia kata semua ahli keluarganya selamat kerana abangnya tidak mahu dia terkejut memandangkan keadaannya masih lagi lemah," katanya ketika ditemui pemberita di HSB hari ini.

Katanya Muhd Iqbal Zakuan belum menceritakan tentang kejadian semalam dan anggota keluarganya juga belum tahu siapa yang memandu kereta itu dan ke mana mereka hendak pergi.

"Biarlah Iqbal sihat dulu dan biar dia sendiri yang ceritakan kejadian itu. Kami tidak mahu mendesak dia kerana kami tahu dia masih lagi trauma dengan kejadian itu," katanya sambil memeberitahu bahawa anak saudaranya itu mengalami kecederaan pada muka dan patah paha kanan.

Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata keadaan Muhd Iqbal Zakuan semakin stabil.

"Sekarang ini Muhd Iqbal sedang menunggu giliran untuk membuat pembedahan pada paha kanannya yang patah," katanya.


Ps: Macam mana YB? Takkan YB setakat nak jaga pemandu yang kena saman AES aje kot. Orang lain yang kena saman lain, apa cerita?

Kalau betul Si Mahfuz Bean tu nak memperjuangkan Hak Rakyat, buat la untuk semua sekali. Jangan setakat jaga AES je.

Yang kena saman 'parking', saman tak pakai tali pinggang, saman tak perbaharui lesen dan sebagainya, takkan dia nak abaikan pulak!!! Mana adil kalau macam tu!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Harap2 sekali lagi pemilihan jawatan dalam Pas Mahfuss tak akan dipilih lagi malu setakat cakap aja pandai tapi bxxxx.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping