Ramai yang sudah sedia maklum mengenai gossip pelakon cantik, Maya Karin dan aktor Remy Ishak yang dikatakan konon bercinta.
Hal ini mula timbul apabila dua selebriti tersebut diliihat keluar makan bersama di sebuah restoran Jepun sebelum Maya memulakan ekspedisinya memanjat gunung Tserko Ri di Nepal.
Enggan mengulas lanjut gossip tersebut, Maya merasakan yang hal ini menjadi hangat gara-gara Remy yang sudah kembali solo setelah berpisah dengan Tiz Zaqyah. Maya menegaskan yang dia tidak selesa berkongsi soal hati di media kerana merasakan hal ini terlalu peribadi.
“Sejujur-jujurnya saya katakan yang saya memang solo dan sungguh gembira dengan kerja,keluarga serta rakan-rakan.
Tidak dinafikan saya selesa berkawan rapat dengan Remy dan tidak lebih dari itu,”kata Maya ketika ditemui di majlis Sorella di Pavilion,Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengakui yang dirinya memilih, Maya meneliti watak dan skrip dahulu sebelum menerima tawaran filem. Maya bakal menyerikan pawagam pada 29 November ini menerusi filem Lagenda Budak Setan 2 disamping hero filem tersebut, Farid Kamil.
Maya turut berkongsi pengalamannya ke Kathmandu, Nepal baru-baru ini bersama ayah dan ibu tirinya. Dia menyifatkan yang perasan berada di puncak Gunung Tserko Ri adalah satu pengalaman yang begitu berharga. Cuaca yang begitu sejuk dan fasiliti yang tidak mengizinkan membuatkan dirinya pernah tidak mandi lebih dari dua hari.
“Percutian tersebut sudah dirancang oleh ayah saya sudah 3 hingga 4 bulan namun saya tidak belum member kata putus kerana jadual kerja yang tidak mengizinkan.
Ayah saya begitu gembira kerana saya akhirnya Berjaya mengosongkan jadual dan mengikut ekspidisi tersebut,”kata Maya.
Begitu meminati aktiviti-aktiviti luar seperti memanjat gunung dan sebagainya, Maya memang berminat untuk bercuti mengelilingi dunia. Maya menambah yang dirinya begitu merindui untuk ski salji di Jepun dan berharap untuk bercuti sekali lagi ke negara matahari terbit tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.