Halamak!!! Macam mana boleh basah ni abang? Apa yang abang dah buat malam tadi? Kalau ye pun, malam tadi bukannya 'Malam Jumaat'.
Ini semua salah abang sendiri ke atau salah orang lain? Kalau salah orang lain, apa yang diorang dah buat? Bukan ke abang jugak yang memandai - mandai nak cuba?
Sekarang, bila dah basah, kenapa abang senyap? Kan abang jugak yang tunjuk jaguh nak cabar orang itu dan ini? Bila dah kena hentam, kain abang basah? Agak - agak la abang.
Lain kali, kalau nak bercakap fikir dulu la abang. Jangan main cakap ikut sedap mulut je. Fikir tu pulak, pakai la Kepala Otak. Jangan la pakai Kepala Lutut. Dah jadi macam ni, mana abang nak sorok muka? Buat malu kat orang je la abang oi!!!
Cabar-mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berterusan – kali ini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bertanding di kerusi Parlimen Kemaman.Ahmad yang juga Pengerusi Umno Terengganu berkata, Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya bertanding di Kemaman terlebih dahulu sebelum berhasrat bersaing di Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.“Kesediaan Abdul Hadi itu (untuk) bertanding di Pekan hanya gimik politik sahaja, bohong belaka. Apa tujuan dia? Nak dapat publisiti? Nak gali kubur sendiri?“Kalau berani, marilah bertanding di Kemaman. Buat apa pergi bertanding di Pahang. Tunjukkan kehebatan di Terengganu dahulu," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Dun Kijal 2012 di Padang Kubu, dekat sini, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.