Rasanya kan, dengan pendedahan - pendedahan yang dah dibuat oleh pelbagai pihak berkaitan dengan kenyataan Si Nurul Izzah tu, adakah dia akan terus ambik tindakan?
Adakah dia tetap jugak nak saman pihak Utusan sedangkan dah jelas terbukti bahawa Merosakkini tu dulu yang mengeluarkan artikel tersebut?
Berani ke dia nak saman pihak Utusan dan Berita Harian walaupun orang yang bertanya soalan tu pun kecewa dengan tindakan dia menafikan kenyataan tersebut?
Nak pulak bila Mat Rempit ni tawar diri dan bersedia nak jadi Peguam bagi pihak Utusan bagi menghadapi tindakan saman dari Si Nurul Izzah tu. Adakah dia masih mahu meneruskannya? Jangan sampai dia terkencing dalam seluar sudah la!!!
AIDC - Sekiranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah masih meneruskan niatnya untuk menyaman Utusan Malaysia berkaitan dengan isu ucapan kontroversi di Gereja, YB Datuk Zulkifli Noordin menawarkan diri untuk menjadi peguam bela akhbar itu.Menurut Zulkifli yang juga bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan setakat beliau sahaja yang bersedia menjadi peguam Utusan, malah terdapat dua orang peguam kanan lagi yang pasti akan mengejutkan Ketua Umum PKR dan anaknya itu.“Saya nak umumkan pada Utusan Malaysia, saya dan peguam kanan ini sedia jadi peguam untuk pertahankan Utusan Malaysia tanpa minta bayaran. Ini sumbangan kecil untuk pertahankan Utusan Malaysia.“Saya nak beritahu Nurul Izzah dan Anwar siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia. Kamu akan terkejut beruk. Peguam kanan ini minta supaya nama tak didedahkan dulu.“Ini strategi. Anwar akan terkejut. Nurul Izzah akan terkejut,” kata Zulkifli dalam satu forum anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman semalam.
sepatutnya sebagai pemimpin dia patut bertanggungjawab di atas apa yang dikatakan. Inikah peimpin yang kita cari untuk memimpin bangsa Melayu dan negara?. Fikir-fikirkan
BalasPadam