Rabu, November 28, 2012



Huh! Memang sudah menjadi satu perkara yang tidak menghairankan apabila Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid ni menunding jari dan menyalahkan orang lain dalam isu air di Selangor ni. Memang dah jadi lumrah bagi mereka gamaknya.
 
Nak harapkan diorang buat pengakuan kata mereka ada buat salah? Jangan harap la!!! Mati hidup semula seribu kali pun diorang takkan nak buat kerja macam tu walaupun dah terang – terangan diorang kantoi sebenarnya.
 
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru – baru ini, Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa tidak ada arahan yang diberikan kepada Syabas untuk menghentikan perbelanjaan modal (CAPEX) untuk tujuan mengurangkan Kadar Bekalan Air Tidak Berhasil NRW.
 
Kata dia, jika Syabas diberikan CAPEX, maka adalah lebih baik sekiranya pengurusan air tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Rejim Pakatan Selangor untuk diteruskan dimasa akan datang.
 
Jelas, kenyataan Khalid itu hanya semata – mata untuk menguatkan lagi desakan agar pengurusan air di Selangor diberikan semula kepada Rejim Pakatan Selangor untuk diuruskan. Bukannya dia nak menyelesaikan masalah.
 
Soalnya sekarang, jika benar tidak ada arahan yang diberikan, kenapa pulak pihak Pengurusan Air SYABAS mencatatkan perkara berikut didalam laporan tahunan Puncak Niaga sejak tahun 2008 sehingga 2011? Untuk makluman Puncak Niaga adalah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan empunya Syabas bersama dengan Kerajaan Selangor.
 
Adakah Si Khalid Ibrahim tu nak menuduh pihak Puncak  Niaga menipu dalam membuat laporan tersebut? Jika itulah tujuan Si Khalid Ibrahim ni, kenapa dia tak nak saman je pihak Puncak  Niaga tu?
 
Khalid dulu pernah ketuai satu syarikat perladangan besar, Guthrie, yang juga tersenarai di papan Bursa.  Khalid mesti sudah arif yang pendedahan yang dibuat Puncak Niaga seiring dengan syarat Bursa.  Siap di audit lagi..
 
Malah tak cukup dengan itu sahaja, Si Khalid Ibrahim tu jugak turut memperlekehkan persoalan yang ditimbulkan oleh ADUN Permatang, YB Sulaiman Abdul Razak dengan menyindirnya sebagai wakil Syabas.
 
Nah!!! Nampak sangat tujuan Si Khalid Ibrahim ni sebenarnya hanya nak menegakkan benang yang basah. Dia sebenarnya dah tak mampu nak terima asakan dari Wakil – Wakil ADUN didalam sidang. Sebab itu la dia berikan jawapan yang tak munasabah macam ni.
 
Kalau la semua benda nak ditanggung oleh Kerajaan Pusat, baik Rejim Pakatan Selangor tu pulangkan saja konsesi air Negeri seperti yang telah dilakukan oleh puak – puak Rejim DAPigs Pulau Pinang. Tak payah nak pening – peningkan kepala.
 
Ini tidak. Asyik nak mempertikaikan pasal itu dan ini tanpa tujuan untuk menyelesaikan masalah sebenar yang dialami oleh rakyat. Nak jugak dia dabik dada kata dia mampu nak menjalankan tugas sebagai seorang Menteri Besar?
 
Tak payah nak mimpi la. Rakyat sekarang pun dah cerdik dan mampu melihat sejauh mana kemampuan Rejim Pakatan Selangor tu memerintah. Setakat cakap je berapi – api, tapi perlaksanaannya, satu hapah pun tarak. Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping