Alamak!!! Ini apa cerita pulak ni? Tak habis - habis lagi ke minah ni nak buat kontroversi yang bukan - bukan? Hari tu dia tampil berpakaian seksi.
Sekarang dah timbul pulak cerita pasal dia suka berpoya - poya dengan orang lain. Yang dikaitkan dengan dia bukan sorang pulak tu. Tapi berdua!!!
Akibat dari sikap dia yang liar dan sering menjalinkan 'hubungan terlarang' itu la yang menyebabkan dia mengalami penyakit 'misteri'.
Mana tidaknya. Hampir setiap hari dia keluar rumah untuk 'bermesra - mesra' dengan lelaki - lelaki tersebut dan meninggalkan suami dia yang mithali di rumah.
Eh! Nanti sekejap. Bila pulak minah ni kahwin semula? Macam mana pulak dia boleh dikatakan sebagai seorang isteri derhaka sedangkan dia tak de suami pun?
Jangan panik. Itu sebenarnya salah satu sinopsis untuk drama terbaru lakonan Nabila Huda yang bertajuk Rebah Taubat yang kini masih lagi dalam pengambaran.
Menurut produser telefilem tu, dia cukup berpuas hati dengan kerja pengarahan yang dilakukan oleh Shuaimi Lua Abdullah kerana tidak banyak membuangkan masa.
Yang paling bagus ialah disiplin barisan pelakonnya yang datang tepat pada waktu pengambaran hendak dijalankan serta kerjasama yang cukup baik.
“Semua pelakon dipilih oleh TV3 dan bukan saya dan pengarah suka-suka pilih. Mereka sudah tahu watak yang dilakarkan dalam skrip itu sesuai untuk siapa.
Saya sebagai produser hanya mengikut saja kerana pihak stesen TV lebih tahu apa yang mereka perlukan dalam sesebuah telefilem itu dan Alhamdulillah, semua pelakon memberikan kerjasama yang baik,” katanya.Baharin juga puas hati dengan cara kerja Shuhaimi bekerja menepati waktu yang diberikan.“Ketepatan waktu itu penting kerana kalau penggambaran terbabas, ia membabitkan penambahan kos. Ada juga penggambaran yang habis tengah malam tetapi hari ini (Isnin) misalnya kami habis awal dan masing-masing bolehlah balik berehat.
"Sebelum datang ke lokasi, Shuhaimi sudah tahu syot yang akan diambil, jadi apabila penggambaran dimulakan tiada perubahan. Segalanya mengikut seperti yang dirancang. Shuhaimi yakin dengan setiap syot yang diambilnya.“Ada penggambaran jadi lambat apabila pengarah teragak-agak nak ambil syot dan akhirnya setiap adegan itu terpaksa diambil banyak kali kerana pengarah was-was.Walaupun Shuhaimi masih baru dan kali pertama dia bekerja untuk produksi saya, saya suka dengan hasil kerjanya,” katanya.
Fuh!!! Nasib baik la itu hanya lakonan ye tak. Harap - harap tak de la kejadian seumpama itu berlaku dalam dunia yang nyata dimana Si Isteri ni asyik nak kejar kekayaan je sampai lupa tanggungjawab dia dirumah!!! Bila dah dapat penyakit, menyesal pun tak guna!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.