Khamis, November 01, 2012


Mintak maaf ye Pak Berahim. Ini mungkin satu perkara yang Pak Berahim sendiri tak faham mengenai orang Pahang walaupun dah lama duduk di sini.

Orang Pahang ni tak la setamak orang lain. Orang Pahang ni jenis orang yang tahu rasa bersyukur dengan ketentuan Allah S.W.T.

Bila dapat rezeki seperti ini, rakyat Negeri Pahang dah cukup bersyukur. Tak kira la sama ada Kerajaan Persekutuan nak bagi wang ihsan atau royalti, itu bukan soal utama.

Yang paling utama bagi rakyat Pahang ialah agar wang ihsan tersebut digunakan sebaik mungkin untuk kebaikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

Dan mereka percaya, Kerajaan sedia ada mampu melaksanakannya dengan baik. Sebab tu la mereka memihak kepada Kerajaan sedia ada.

Bukan la macam Pak Berahim tu yang setakat datang dari luar dan nak menentukan hak orang sesuka hati dia je. Kalau dia nak tuntut royalti, pegi la ke Kelantan. Jangan la dok nak menyibuk kat tempat orang. Buat semak je kat sini, menda kejadahnya!!!
SHAH ALAM - Pas mahu kedua-dua Pahang dan Kelantan diberi royalti minyak, bukannya wang ihsan susulan pengumuman bahawa Pahang akan menerima wang ihsan RM100 juta setiap tahun ekoran penemuan minyak di Bertam.
"Pas Pahang turut menyarankan jawatankuasa khas bagi mengkaji bayaran hasil petroleum bagi negeri-negeri di Pantai Timur yang dianggotai wakil daripada tiga kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang agar menyokong Pahang dan Kelantan supaya dapat menikmati hasil minyak secara pembayaran royalti dan bukannya melalui wang ihsan," kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.
Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan status jawatankuasa khas yang dibentuk oleh Kerajaan Pusat dalam soal menentukan bayaran royalti minyak.
"Apakah status jawatankuasa khas ini yang sudah lama tidak kedengaran berita?" katanya.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Pahang atas penemuan minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM307, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, pihaknya berharap negeri itu tidak dianiaya seperti Kelantan dalam sistem pemberian wang ihsan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping