Rabu, November 28, 2012


Selama ini, dah berapa banyak kali puak - puak Pakatan Pembangkang tu cuba untuk menipu rakyat mengenai isu tarikh Pilihan Raya ni?

Rasanya, kalau dikumpul dalam satu bakul sekali pun, dah boleh mengalahkan durian musang king yang banyak dijual digerai - gerai tepi jalan tu.

Dari satu bulan ke satu bulan diorang buat andaian. Macam - macam spekulasi dah yang diorang dah keluarkan. Tapi, nampak gayanya, satu pun tak mengena.

Dulu, yang suka buat kerja - kerja macam tu hanya Si Ketua Penipu tu sorang je. Tapi, disebabkan nama dia pun Ketua Penipu, orang pun dah tak percaya.

Disambung pulak legasi tu oleh Si Pak Berahim dan konco - konco dia dalam Parti Angguk Saja tu. Siap tuduh PM ni membelakangkan syariat agama pulak tu.

Sekarang, dah habis pun musim Haji. Namun, Pilihan Rayanya masih jugak tak muncul - muncul. Putih la mata pakcik dan makcik kat kampung sebab tak dapat tunaikan haji.

Mana tidaknya. Si Pak Berahim tu keluarkan perintah suruh semua ahli - ahli PAS yang dapat tawaran Haji tahun ni agar menangguhkan Rukun Islam kelima tu.

Bila dah tak berjaya, muncul pulak Si Din Pudu tu buat andaian kononnya PRU ke 13 ni dalam musim hujan iaitu antara November dan Disember tahun ni.

Punya yakin dia buat dakwaan tu. Tapi, sekali lagi, merah la bijik mata diorang nak buat spekulasi yang bukan - bukan. Gamaknya, kenapa la diorang ni kemaruk sangat nak Pilihan Raya ye? Tak sabar sangat nak kalah ke!!!
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada ahli-ahli Umno pada majlis Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.
"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh memberitahu (anda) pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal pilihan raya, ini bayangan yang jelas, yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib," kata seorang pemimpin parti kepada Sinar Harian Online.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Seronok kalau Pilihanraya cepat,TUAN BERAIM dah janji kalau dia menang nak buat LEBUHRAYA BENTA JERANTUT dengan segera!POK BEROHEM PENIPUUUUUsungguh.ingat buat jalan macam buat taik mata ke,bangun tido je dah ada.....hebat sungguh bunyi bena yg dipasang dibatu balai.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping