Rabu, November 28, 2012


BARU-BARU ini, seorang teman kepada rakan SS terbabit dalam menyiapkan rakaman klip video seorang artis. Malah, kata rakan SS yang memaklumkan cerita ini, lokasi penggambaran klip video dihasilkan itu bukanlah calang-calang kerana ia dilakukan di sebuah pusat kediaman yang mewah.

Apa yang ingin disampaikan rakan SS itu adalah mengenai kos pembikinan klip video itu. Kata rakan SS, menurut temannya, kos pembikinan sebenar sebanyak RM5,000 saja tetapi artis itu sudah mencanang kepada media bahawa bajet dibelanjakannya mencecah puluhan ribu ringgit.

Menurut rakan itu lagi, temannya terperanjat apabila terbaca kenyataan artis itu di media. Ini kerana, ketika perbincangan bersama dibuat, artis itu tak mampu nak membayar kos pembikinan sebenar yang diminta. 

Bahkan, artis berkenaan yang meminta untuk membayar RM5,000 kerana itu saja kemampuannya. Memang terkejut SS dibuatnya, sebaik mendengar cerita yang disampaikan rakan itu. 

Bukan apa, daripada apa yang SS tahu mengenai artis itu, dia bergaya bagaikan selebriti yang mempunyai banyak duit. Malah, seingat SS pun ada satu majlis yang membabitkan artis itu pernah dianjurkan di sebuah hotel ternama.

Apapun, kepada artis itu sekiranya terasa dengan apa yang SS tuliskan ini, ia sekadar maklumat diperoleh rakan yang temannya terbabit dengan produksi yang menghasilkan klip video itu. 

Lagi pun, kalau betul bajet diperuntukkan rendah, tiada salahnya untuk mengaku dan tak perlulah dinaikkan hingga puluhan ribu ringgit.

Bukan apa, penonton sekarang pun sudah bijak menilai berapa kos sebenar sesebuah klip video itu berdasarkan kualiti persembahan yang dirakam ketika pembikinan dibuat.

Bagaimanapun, SS sendiri secara peribadi berasa sangat teruja sebenarnya untuk menonton hasil klip video dirakamkan artis terbabit.

Ps: La!!! Kenapa la perangai buruk puak - puak Pakatan tu jugak yang nak diikut dek diorang ni ye? Kalau bercerita bukan main. Tapi buatnya, macam haramjadah!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping