Ini satu peringatan buat puak - puak Pakatan Pembangkang. Terutama sekali dikalangan Parti Kelirukan Rakyat tu sendiri.
Jangan diorang ingat masyarakat orang Asli ni tak bijak untuk melihat siapa yang membantu dan siapa yang mempergunakan mereka.
Apa yang mereka cari ialah bantuan dari pihak Kerajaan. Dan memang itulah yang telah dilakukan oleh Kerajaan kepada mereka.
Masyarakat orang Asli ni bukannya alat untuk dipergunakan demi kepentingan Politik Pakatan Pembangkang semata - mata.
Kalau puak - puak Pakatan tu sekadar mampu nak bersuara tapi tak mampu nak membantu, baik tak payah nak menyibuk. Buat menyusahkan orang dan mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
BENTONG - YAB Menteri Besar Pahang mengingatkan masyarakat Orang Asli agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap Kerajaan yang ada.
Sebaliknya, mereka hendaklah mengadu terus kepada Kerajaan tentang apa-apa yang mereka tidak puas hati sepertimana yang turut dilakukan oleh seorang Tok Batin tentang kadar dividen rendah yang mereka terima daripada penyertaan dalam rancangan tanah kendalian Pihak Berkuasa Pekebun-pekebun Kecil Getah (RISDA).“Saya terkejut juga sebab ada beberapa tempat, kampung Orang Asli yang mendapat dividen RISDA hanya RM100 sahaja sebulan. Saya ingat ini kecil sangatlah. Dan sayapun faham, RISDA ada ‘constraint’, kekangan dia juga. Ada kos pembangunan dan sebagainya.“Insya-Allah, kita akan cari jalanlah bagaimana mereka ini dapat dinaikkan sedikit (kadar dividen tersebut). Sebab RM100 boleh beli apa sekarang ni. Dua (2) kali pergi ke kedai habislah,” katanya.Dato’ Sri DiRaja Adnan turut mengumumkan persetujuan untuk membekalkan kemudahan computer dan pencetak kepada masyarakat Orang Asli di sini, selain memperbaiki sistem pendawaian di balairaya yang ada. - SUMBER
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.