Jumaat, November 16, 2012


Kalau tadi kita dah baca pasal adegan panas yang kemungkinan berlaku dalam Muktamar PAS kali ini. Tapi yang ni pulak memang dilakukan terang - terangan.

Malah, mangsa pembunuhan tersebut tidak mampu untuk mengatakan apa - apa melainkan hanya menganggukkan kepala sahaja.

Semalam, seorang perwakilan telah mencadangkan agar Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat bertanding di Pagoh dan berhadapan dengan TPM.
"Sekarang ini bukan sekadar Kelantan, tetapi agenda untuk menuju ke Putrajaya, mana mungkin kita tidak mampu bertanding di mana-mana kerusi dicalonkan kalau sekiranya kita mengatakan kita hendak ke Putrajaya.

"Memandangkan sekarang ini, yang sebaiknya kita letak Timbalan Ketua Pemuda kita, kita calonkan bertanding di Pagoh, di Johor," kata perwakilan dari Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary yang disambut dengan laungan takbir para perwakilan. 
Kalau dibaca dari satu sudut, cadangan tersebut memang dilihat satu kelebihan. Tetapi, dari satu sudut yang lain, cadangan tu hanya bertujuan untuk menempah maut.

Mana tidaknya. Semua orang tahu bahawa Pagoh merupakan salah satu kubu kuat UMNO dan penyokong - penyokong TPM sudah pasti bersedia untuk menghadapi dugaan.

Jadi, dengan menghantar Nik Abduh ke Pagoh boleh diibaratkan sebagai satu pembunuhan yang memang terancang secara licik.

Kot ye pun diorang nak kembangkan sayap dan keluar dari kepompong selamat, cari la tempat yang bersesuaian. Cari tempat maut, apa lagi yang diorang harapkan?

Tinggal lagi, berani atau tidak Si Nik Abduh tu nak sahut cabaran dari perwakilan PAS tu? Adakah dia berani nak bertanding secara satu lawan satu dengan TPM?

Tapi, kalau dah Pemuda PAS sendiri memang nak Si Nik Abduh tu dibunuh dengan cara yang terhormat, silakan la. Bertanding la di Pagoh.

Jangan pulak dia jadi macam Si Hadi Awang tu sudah la. Dia memang sengaja nak bunuh diri kalau nak bertanding di Pekan. Dan memang itu yang dia nak.

Hakikatnya, Si Hadi Awang tu nak menamatkan karier Politik dia. Jadi, kalau Si Nik Abduh tu pun rasa dia pun nak jugak bunuh diri, sila la. Jangan pulak bila dicabar nanti dia ketar lutut pulak!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping