Heran tak heran la dengan sikap dan amalan retorik dikalangan puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya. Mereka hanya pandai menunding jari pada orang lain.
Walhal, kalau diri sendiri atau yang menyebelahi mereka yang buat salah, diorang tak nak mengaku. Tak nak pulak diorang ambik tindakan.
Dan perkara ini bukan perkara baru yang berlaku dikalangan puak - puak Pakatan ni sebenarnya. Benda ni dah lama. Tinggal lagi, ianya sering dinafikan oleh mereka.
Sama la kesnya dalam isu yang berkaitan denganSi Nurul Izzah ni. Kenapa dia tak nak saman laman portal Malaysiakini sedangkan isu itu dibangkitkan oleh mereka terlebih dahulu?
Nah!!! Sekarang, adakah Si Nurul Izzah ni berani jugak nak ambik tindakan terhadap dua orang pemimpin PAS dibawah ni? Takkan la diorang boleh terlepas macam tu saja kot!!! Agak - agak la wei!!!
AGAK terkejut juga membaca kenyataan keras Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz dan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr. Mahfodz mengenai kontroversi isu kebebasan beragama oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.Dikala semakin ramai pihak menyokong Nurul Izzah termasuk bekas mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainal Abidin, kedua pemimpin PAS ini pula mengambil pendekatan berbeza.Kedua-dua mereka dilaporkan menyanggah kenyataan Nurul Izzah mengenai ayat 256 Surah Al-Baqarah mengenai ‘tiada paksaan dalam beragama’ yang digunakan beliau untuk menjawab soalan peserta forumNegara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab di sebuah gereja di Subang Jaya kelmarin.Timbul persoalan, berapa tinggi ilmu kedua orang ini jika nak dibandingkan dengan bekas mufti?Penulis sudah memeriksa dan mendapati memang wujud percanggahan pendapat di kalangan ilmuwan Islam mengenai perkara tersebut, tapi tidak sepatutnyalah Nurul Izzah dipersalahkan kalau beliau memilih pendapat yang bertentangan dengan pemahaman Nik Abduh dan Mahfodz.Sebagai orang yang mengaku sebagai cerdik pandai dalam ilmu agama, Nik Abduh dan Mahfodz sepatutnya mendidik Nurul Izzah mengenai kefahaman yang sebenar, bukan mengambil pendekatan keras yang sebegitu, yang akhirnya menjadi peluru kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.Memetik kenyataan Nik Abduh yang disiarkan di sebuah akhbar,“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam”.Kenyataan itu menunjukkan kedangkalan pemikiran Nik Abduh kerana mengikut hukum logik, bagaimana bayi yang baru lahir mampu membuat pilihan agama apa yang patut dipilihnya?Penulis tidak mahu menyebut dengan panjang lebar lagi berhubung perkara tersebut kerana sudah menjadi amalan penulis untuk tidak membabitkan persoalan agama dalam politik. Cuma dalam hal ini ia terpaksa disentuh sedikit kerana yang menjadi pertikaian itu ialah ayat dari Al-Quran sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.