Apa jadi pada amalan keTELUSan yang selama ini digembar gemburkan Rejim Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang ni? Adakah ianya hanya slogan semata - mata?
Adakah semuanya dah ditenggelamkan oleh keANGKUHan serta keSOMBONGan Menteri Besar dan Ketua Menteri mereka sendiri?
Sehingga kini, tuntutan penjelasan daripada kalangan rakyat terhadap isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara masih menjadi tanda tanya.
Jika benar Rejim Pakatan ni Telus dan Jujur seperti mana yang sering mereka jadikan bahan untuk mendabik dada, kenapa tidak dijawab persoalan ini secara terang - terangan?
Nampak sangat la yang puak - puak Rejim Pakatan ni memang setakat pandai bercakap je. Kalau bercakap tu bukan main lagi. Bumbung dewan pun boleh runtuh, tapi bila tiba bab suruh buktikan kata - kata tu, semuanya senyap. Dah jadi bisu belaka semuanya!!!
Kuala Lumpur : Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, kajian oleh BNBBC terhadap Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai) dimasukkan ke dalam akaun hasil.Di samping itu, menurut beliau, wujud juga keadaan yang mana wang yang disalurkan daripada kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri"Saya ingin membuat pembetulan sekiranya ada orang berkata Menteri Besar Selangor paling cemerlangdari segi pengurusan kewangan kerana negeri paling cemerlang adalah Sarawak."Saya hendak tegaskan disini, dari segi kedudukan kewangan yang disatukan, negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 billion, diikuti Sabah dengan RM2.6 billion dan kemudian baru Selangor RM1.9 billion serta Pulau Pinang RM1.1 bilion" katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.Mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Kota Belut, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, setiap kerajaan negeri mempunyai tiga jenis hasil cukai, akaun amanah negeri serta penerimaan hasil dari Kerajaan Pusat."Akaun amanah hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus tetapi sebelum audit dibuat, beberapa kerajaan negeri ini telah memindahkan wang dari akaun amanah ke dalam akaun hasil dan mengangapnya sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri."Mereka buat silap mata, ambil dari poket kanan dan masukkan ke dalam poket kiri. Ini juga apa dikatakan sebagai 'Creative Accounting' dan kita minta Ketua Audit Negara untuk menyiasat semula beberapa entri (hasil) yang perlu dilihat di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.