TERLOPONG mulut SS mendengar gosip yang satu ini. Memang sukar untuk SS percaya dan kalau boleh SS tak mahu mempercayainya.
Namun bukan seorang dua yang bercerita, sebaliknya ramai. Jadi tidak adil pula kalau SS membuat tanggapan mereka ini cuba menipu atau punya agenda sulit untuk menjatuhkan karier seni pelakon yang seorang ini.
Gosip yang bertebaran mengenai tabiat artis perempuan ini yang kuat ‘merembat’ atau bersikap panjang tangan. Kata sumber, sejak awal kemunculannya, artis itu sudah terkenal dengan gelaran kaki ‘rembat’.
Bagaimanapun, mangsa jenayahnya tidaklah bikin kecoh kerana faham akan keadaan artis itu pada masa itu yang sangat susah, selain mempercayai alasannya yang sering menggunakan kenyataan ‘maaf, terambil’.
Bagaimanapun, apabila tabiat buruknya itu terbawa-bawa sampai sekarang, walhal dia sudah senang-lenang sekarang. Jadi orang yang terkena akan tentu jadi marah.
Kenapa mesti suka ‘merembat’ barang kepunyaan orang daripada memiliki sesuatu dengan cara yang halal iaitu membelinya sendiri? Rasa SS, dia bukan tak mampu sebab tawaran berlakon nampak berderet-deret.
SS cuba juga berdebat dengan sumber tadi. Mungkin cerita yang dia dengar itu cerita lama. Bagaimanapun, sumber itu berkata, baru-baru ini pun dia cuba ‘merembat’ barang kawan baiknya sendiri. Apabila kawan tadi mula perasan
dia memegang sesuatu kepunyaan sahabat tadi, cepat-cepat dia buat helah kononnya nak pinjam barang itu untuk sekejap.
Masa itu kawannya sudah ‘naik hantu’. Walau bagaimanapun, dia masih cuba mengawal emosi kerana tidak mahu menjatuhkan maruah artis tadi di depan beberapa orang yang turut berada di situ.
Hish, buruk sungguh berperangai begitu. Kalau duit dah banyak, beli sajalah apa yang awak mahu. Kenapa kepunyaan orang juga masih jadi hobi?
SS tidak mahu berhujah panjang lebar, kalau benarlah cerita yang disampaikan sumber tadi, SS mohon kepada Tuhan agar artis tadi berubah sikap kerana selain perbuatan itu salah, namanya nanti akan terjejas. Kalau kena buku dengan ruas, nanti silap hari bulan orang buat aduan rasmi, dia juga yang malu.
Ps: Lepas ni, ada jugak cerita pasal barang kena rembat ni. Nak tau apa ceritanya? Baca la porting lepas ni ye. Habis baca nanti, korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.