Ahad, November 25, 2012



RAMAI yang meluat apabila melihat gaya gedik Dee yang tidak henti-henti menggoda Adam Mukhriz dalam drama Adam dan Hawa, arahan Mohamed Feroz Kadir, terbitan Global Station Sdn. Bhd., itu.

Sebenarnya kebencian penonton itu secara tidak langsung membuktikan yang lakonan Nur Anzalna Mohd. Nasir, 24, benar-benar berkesan.

"Tidak dinafikan ramai yang geram bila tengok Anzalna. Kadang-kadang terasa hati juga kerana orang yang tidak dikenali, tiba-tiba menjeling tengok kita.

"Tapi bila fikir balik, mungkin mereka (penonton) terpengaruh dengan perjalanan cerita Adam dan Hawa, Anzalna jadi senyum sendiri. Apa pun terima kasih kepada mereka yang setia menonton Adam dan Hawa," katanya.

Dia yang tidak pernah menunggang motosikal tidak melepaskan peluang cuba menunggang pocketbikes yang terdapat di situ memberitahu, selepas ini dia ingin mencuba watak baik.

"Cukuplah dulu watak jahat, kalau kerap sangat nanti orang ingat lakonan Anazalna statik. Sebagai peralihan, tengoklah watak Anzalna sebagai Ayu Sofia dalam filem Sepah The Movie yang bakal ditayangkan 29 November ini.

"Satu lagi karakter baik yang Anzalna bawa dalam drama bersiri Jauh, sebagai Sofia juga. Kali ini Sofia bekerja di kolej dan dia adalah adik kepada Shukri, lakonan Adi Putra," ceritanya.


Ps: Nak jadi baik memang boleh. Tapi jangan la jadi 'Baik' setakat pada mulut je. Tingkah laku kena jaga. Kena turut serta dengan perbuatan.

Tak payah la nak ikut macam Minah Pening yang sorang tu kan. Dia tu kata je diri dia baik. Tapi dok mengutuk orang dan buat fitnah tak tentu arah, baik menda kejadahnya!!! Tu baik yang berfaedah namanya!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping