Masih lagi ramai orang yang mempertikaikan tentang istilah 'Negara Islam' ni sehinggakan sebuah forum terpaksa dibuat dalam sebuah Gereja.
Tapi, sejauh mana pemahaman kita tentang 'Negara Islam' ni? Bagaimana kita nak mendefinasikan negara tersebut sebagai sebuah Negara Islam?
Adakah dengan sekadar melaksanakan Hukum Hudud, sesebuah Negara itu layak untuk digelarkan sebagai sebuah Negara Islam?
Kalau macam tu, bagaimana mungkin kita dapat mengatakan bahawa Arab Saudi tu sebagai sebuah Negara Islam sebab Hudud masih tidak diimplimentasikan disana.
Kalau kita lihat semula dalam lembaran sejarah Islam, sesebuah Negara tu diiktiraf sebagai Negara Islam apabila mereka menerima Islam.
Konsep menerima Islam ni bukan la seluruh rakyatnya terpaksa atau dipaksa masuk Islam. Tetapi cukup sekadar menerima cara Islam.
Mereka yang sedia ada didalam Negara tersebut boleh menerima cara hidup orang Islam, tatatertib, hukum hakam dan yang berkaitan dengan Islam.
Undang - undang yang diguna pakai juga adalah berdasarkan Islam. Sekali lagi diingatkan, undang - undang Islam ni bukan setakat Hudud je!!!
Orang yang bukan Islam pula tidak ada hak untuk mempertikaikan mengenai perkara tersebut. Malah mereka juga tak boleh nak halang orang lain untuk masuk Islam.
Kalau orang tu masih nak kekal dalam agama dia sebelum Islam, itu adalah hak dia. Tetapi, bagi yang dah memang sedia Islam, adalah berdosa besar jika mereka meninggalkan Islam.
Kalau mereka tidak dapat menerima Islam, mereka diwajibkan untuk membayar Jizyah iaitu cukai kepada Kerajaan mengikut syarat yang ditetapkan.
Syarat ni pulak tidak la sampai membebankan orang bukan Islam. Cukai yang dikenakan adalah berpatutan. Tidak lebih dan tidak kurang.
Kalau mereka masih jugak tidak dapat melakukan semua yang diatas iaitu menerima Islam dan membayar Jizyah, maka hanya ada satu jalan sahaja.
Dan jalan itu lebih disukai oleh orang Islam kerana jalan itu adalah jalan yang Benar. Jalannya ialah dengan cara Perang!!! Jadi, kalau sesiapa yang rasa tak puas hati dengan Islam, mereka sendiri yang dah mengishtiharkan Perang!!!
terus kn usaha utk mengata kn kebenaran yg selama ni di keliru kn puak pembangkang..hidup en boossss...hehehehe
BalasPadam