Sabtu, November 10, 2012



Saya yakin bahawa ramai pak-pak lebai PAS yang terangkat kopiah putih mereka melihat seorang wanita, Siti Zabedah Kasim, yang merupakan salah seorang ahli Majlis Peguam begitu kecewa dengan putar belit “anak papa” yang menarik balik sokongan terhadap “kebebasan agama”.

Siti Zabedah yang berambut “blonde” dan begitu “terbuka” berpakaian seksi itu pastinya akan menjadi “ikon” di kalangan golongan yang berfahaman liberal serta menyokong umat Islam di negara ini untuk keluar dari Islam.

Dan tindakan Nurul Izzah yang memutar kata 180 darjah dan menarik balik kenyataannya di sebuah forum yang diadakan di Petaling Jaya itu jelas menyebabkan dia marah sehingga meluahkan kekecewaannya itu kepada media.

Betul juga kata Bedah. Mengapa perlu Nurul Izzah menarik balik dan memutar belitkan lidah tentang kenyataannya itu setelah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berterus-terang di majlis forum tersebut?

Apa salahnya dengan kenyataan Nurul Izzah itu? Bukankah ia adalah salah satu bukti yang menunjukkan bahawa negara ini mengamalkan kebebasan bersuara?

Menariknya, Bedah “seksi” menempelak Naib Presiden PKR itu dengan menyatakan bahawa sebagai pemimpin dia perlu berpegang kepada kebenaran dalam menyatakan prinsipnya sebagai ahli politik.

Peliknya, Nurul Izzah tidak berani mempertahankan kenyataannya yang mencetus kontroversi itu dan menyebabkan Bedah meradang serta menyatakan bahawa dia memerlukan seorang ahli politik yang bersifat boleh terus-terang tanpa berdolak-dalih.

Lebih ironik, Bedah juga menjelaskan bahawa dia pernah bertanyakan “papa” Nurul Izzah iaitu Anwar Ibrahim tentang soalan yang sama.

Malang bagi Bedah apabila “papa” Nurul Izzah itu awal-awal lagi mengelak dan memberikan jawapan yang “berpusing-pusing” serta tidak berani berterus terang secara terbuka.

Persoalannya, apakah Bedah tahu bahawa dia sebelum ini telah bertanyakan soalan kepada “sesumpah” dan “anak sesumpah”? 

Mereka boleh “bertukar warna” dalam sekelip mata dan mampu berputar berpusing melawan arah jam pada bila-bila masa mengikut keadaan.

Bedah perlu tahu bahawa “sesumpah” itu pernah berbohong di Amerika Syarikat sehingga menyebabkan para pemimpin di negara “Uncle Sam” itu menggelarnya sebagai “charmeleon” kerana begitu licik sehingga berjaya melepaskan diri begitu saja. - seterusnya...
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. agak agak mak bapak sibedah ni ada rasa malu tak melihat pakaian anak gadisnya...

    Kalau korang jadi bapak macam ni apa korang buat?

    BalasPadam
  2. Lu nak cerita politik ke..nak blog lu jd tmpt tayang gambar lucah..aku x pro mana2 parti..tp blog lu mmg mcm H.A.R.A.M..isi tarak..kdg2 fitnah..nk laku letak gambar hampir telanjang..sial.

    BalasPadam
  3. Kalo org comment pn nak kasi approval br nk display..xpayah citer la bro..penakut..kaki lucah..kaki fitnah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping