Fuh!!! Lain macam betul orang bagi hadiah hari ni ye. Macam - macam jenis yang diberikan kepada orang. Mentang - mentang la Krismas ye tak.
Tapi, dalam banyak - banyak hadiah tu, hadiah dibawah ni la yang lain macam sikit bunyinya. Ada ke diberikan batu nisan. Sungguh kurang sopan. Hehehe...
Lepas tu yang diberi pulak untuk orang yang GAGAL menjaga Kebajikan Islam walaupun dia datang dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
Apa boleh buat ye tak. Dah jenis manusia yang tak sedar diri ye tak. Cakap je pandai diorang ni. Tapi bila bab buat kerja, satu hapah pun dia tak reti. Kalau setakat reti menipu tu baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
GEORGETOWN - Disebabkan tidak berpuas hati terhadap pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) yang dilihat gagal memperjuangkan nasib orang Islam di negeri ini, beberapa kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) bertindak menghadiahkan ketulan batu nisan kepada Yang Dipertuanya, Datuk Salleh Man di sini semalam.Turut menerima ‘hadiah istimewa’ berkenaan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Patahiyah Ismail dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.Hadiah itu diberikan gara-gara ketiga-tiga pemimpin itu dikatakan hanya memandang ringan isu kira-kira 20 batu nisan yang ditemui berselerak di Tanah Perkuburan Islam kampung Bondry, Air Itam di sini Khamis lalu.Wakil kumpulan NGO berkenaan yang juga Ketua Wira Perkasa negeri, Mohd Rizuad Mohd Aizudin berkata, pihaknya kesal dengan sikap ketiga-tiga pemimpin berkenaan yang dilihat tidak tegas dalam menangani isu yang melibatkan Agama Islam sehinggakan ada pihak yang berani menggugat kesucian Islam.Menurutnya, kejadian batu nisan dicabut oleh syarikat pemaju swasta yang menjalankan projek perumahan mewah di sebelah tanah perkuburan itu tidak sepatutnya berlaku dan ia menunjukkan Islam tidak dihormati apabila tanah perkuburan diceroboh dan diperlakukan sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab.“Dalam rundingan yang dibuat antara Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) dengan pemaju dan waris yang terlibat, mereka hanya bersetuju mahu menukarkan batu nisan yang baru.“Bukan batu nisan baru yang menjadi isu tetapi kami mahukan maruah Islam dipertahankan dan ini adalah isu sensitif yang sepatutnya dipandang serius ketiga-tiga pemimpin ini,” katanya kepada media selepas menyerahkan dua batu nisan kepada wakil MPPP dan wakil Exco Agama Islam di kompleks pentadbiran Kerajaan Negeri di Komtar semalam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.