Rabu, Disember 05, 2012


Kebiasaannya, semasa atau selepas UMNO bersidang pemimpin Pakatan ni hanya akan mengulas secara sepintas lalu. Namun kali ini nampak benar lainnya.

Kebimbangan mula bersarang dalam diri Si Ketua Penipu tu apabila dalam reaksi segeranya mengulas kejayaan PAU 2012 itu, dia menganggap perhimpunan tersebut gagal membincangkan kebajikan rakyat sebaliknya lebih fokus menyerang pakatan pembangkang semata-mata.

Tak cukup dengan tanggapan songsang itu, Si Ketua Penipu tu juga turut memutar belitkan teks ucapan Kak Ijat berkenaan peristiwa 13 Mei 1969.

Teks ucapan tu tidak sempat dibacakan oleh Kak Ijat berikutan kesuntukkan masa. Tapi ianya tetap disensasikan oleh puak - puak Pakatan tu. Antara lain isi kandungannya:
"Keduanya, dijauhkan Allah, jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. 
Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. 
Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu."  
Bagi kita yang memahami selok belok peristiwa tu, kita tahu tragedi berdarah itu bertitik tolak dari kebiadapan penyokong DAPigs berarak meraikan kemenangan tipis mereka.

Dalam tempoh genting itu berlaku beberapa pembunuhan ngeri terhadap orang Melayu Islam, diikuti dengan tindakbalas serentak dari orang Melayu Islam sehinggalah keadaan kembali stabil selepas Darurat diisytiharkan.

Teks para 52 itu hanya menyuarakan kebimbangan sahaja, jika parti pembangkang seperti DAP dan PKR tidak berniat untuk menghuru harakan negara sama ada selepas kekalahan atau kemenangan mereka dalam PRU 13 nanti, maka mereka tidak perlu pun melatah.

Tapi melihatkan kempen keganasan yang pernah dilakukan oleh penyokong PR semasa demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta kelakuan biadap pada malam sambutan ambang kemerdekaan yang lalu, usahlah terkedu apabila khalayak umum melihat unsur keganasan dan kebiadapan sudah sinonim dengan PR.

Bimbang benar Si Ketua Penipu tu apabila segala pekung kejahatan pakatan pembangkang yang diketuainya didedahkan kepada umum. 

Walhal jika segala pendedahan yang dianggapnya sebagai serangan dari UMNO itu hanya retorik sahaja, sebenarnya cukup sekadar pemimpin pembangkang tahap bilis sahaja yang mempertikaikannya.

Apabila dia sendiri yang terpaksa tampil ke depan diikuti dengan Presiden PAS, Hadi Awang turut mengulas sama, maknanya mereka tahu pendedahan yang dibahaskan memberi kesan besar dalam menelanjangkan kejahilan, kejahatan dan kelemahan mereka!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping