Rabu, Disember 05, 2012


KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan belanjawan lebihan selepas lebih 10 tahun mengalami belanjawan defisit dan berimbang.

   
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang berkata hasil kerajaan negeri pada tahun depan dianggarkan berjumlah RM736.90 juta yang terdiri daripada daripada hasil tanah dan galian berjumlah RM260 juta, perhutanan (RM180 juta), lain-lain hasil (RM190.4 juta) dan geran persekutuan (RM106.5 juta).
   
Menurut Adnan, belanjawan negeri 2013 akan menyediakan peruntukan sebanyak RM711.84 juta untuk melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan kerajaan negeri.
   
Katanya, dari peruntukan itu RM604.77 juta adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM61.72 juta bagi perbelanjaan pembangunan dari sumber negeri dan RM45.35 juta dari pinjaman kerajaan persekutuan.
   
"Belanjawan 2013 menunjukkan lebihan atau surplus sebanyak RM25.06 juta," katanya.


Adnan berkata Pahang masih lagi meneruskan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek bekalan air di negeri itu.

   
"Ini adalah disebabkan kerajaan negeri terus mengambil tanggungjawab untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat Pahang.
   
"Projek yang melibatkan pembinaan loji air untuk bekalan air ke daerah-daerah, program mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil serta menaik taraf muka sauk sungai yang menjadi sumber utama air masih lagi menggunakan peruntukan yang dipinjam dari Kerajaan Persekutuan," katanya.
   
Beliau berkata enam fokus utama belanjawan negeri 2013 ialah merangsang aktiviti ekonomi dan pelaburan, memperkukuh kemudahan prasarana, memperkasa pendidikan dan latihan, mempercekap penyampaian perkhidmatan awam, membantu mensejahterakan rakyat dan memberi perhatian khas kepada masyarakat Orang Asli. - Bernama

Ps: Selama hari ni, puak - puak Pembangkang tu dok tuduh Kerajaan Negeri Pahang ni bankrap. 

Tapi, sejak Kerajaan Pusat umum Pahang ada minyak ni, lain pulak jadinya. Diorang pulak pakat berebut - rebut nak merampas kuasa. Bukannya untuk bantu rakyat, tapi untuk kepentingan diri diorang sendiri!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. memang bankrap pun.. dh 10 tahun defisit.. baru skrang lebih.. itu pn lebih ciput dh bangga satu dunia.. kesian org Pahang..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping