Ahad, Disember 23, 2012


Siapa yang tahan beb kalau dah sekian lama dikencing dek pemimpin sendiri. Bayangkan. Orang tu kita percaya setengah nak mati, tapi rupanya dia Kaki Penipu.

Yang kita ni dok la Angguk - Angguk dengan apa yang dia katakan selama hari ini sebab yakin yang dia tu dari kalangan orang - orang yang benar.

Tapi hakikatnya, orang yang dipercaya dan kita yakin tu la yang tikam kita dari belakang. Mau tak bengkak je rasa hati. Bagi dirobek - robek.

Semut ingat lagi pengalaman Semut masa jadi penyokong tegar PAS dulu. Punya percaya pada pemimpin sampai tahap taksub tak tentu arah.

Apa yang dia cakap, kita ikut je tanpa soal. Tapi, bila ada yang kita pertikaikan, dia tak bagi penjelasan yang benar. Sebaliknya dia hanya cakap, percaya pada Allah.

Memang la kita percaya pada Allah. Tinggal lagi, kita tak percaya pada pemimpin tu sahaja, bukannya tak percaya pada Allah. Itu pun pemimpin PAS ni tak reti beza ke?

Bila kita mula mempersoalkan mereka, mula la dituduh macam - macam. Walhal, diorang sendiri yang GAGAL nak menjelaskan perkara sebenar.

Paling tidak, dia akan jawab, "Ini semua Politik. Kita buat kerana agama. Jadi, yakin la pada agama." Itu je yang mampu dia luahkan. 

Nampak sangat la dia sendiri pun tak yakin dengan apa yang diperjuangkan selama hari ini. Nampak sangat la yang dia tu sekadar bermain Politik. Bukannya menegakkan agama.

Sekarang, semuanya dah terbongkar. Dan ada jugak pihak yang takkan berhenti membuat pembongkaran tersebut. Mereka tetap istiqomah menegakkan Kebenaran.

Apa yang PAS mampu lakukan? Hanya duduk dan menafikan perkara tersebut tanpa memberikan jawapan yang kurang meyakinkan rakyat? Cukup ke diorang buat tuduhan bahawa orang yang buat pembongkaran tu sesat? Korang fikir la sendiri!!!
- Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail atau C. N. Al-Afghani menegaskan beliau tidak akan mendiamkan diri dalam membongkar kepincangan politik Pas biar pun diugut dan kehilangan kawan. 
- Sebaliknya, beliau yang menghasilkan buku Kafirkah Aku? berikrar akan terus berjuang memastikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik Amanat Haji Hadi yang menggambarkan UMNO kafir pada tahun 1981. 
- Beliau menegaskan, Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat itu cukup besar seperti terjadinya Peristiwa Memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi.
- Zainon juga membidas, sikap ego Presiden Pas itu dan ulama Pas kerana enggan mengakui kesilapan diri termasuklah dalam isu amanat tersebut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping