Selasa, Disember 11, 2012


Wah!!! Ini yang hebatnya dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni memang jenis 'Haruan Makan Anak'. Sanggup diorang tuduh ahli sendiri menipu?

Ahli tu hanya sekadar menyatakan hasrat akar umbi yang tak mahu melihat Parti Angguk Saja tu kalah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Pun dia dituduh menipu dan sengaja mengada - adakan cerita? Pun dia dituduh bersekongkol dengan orang luar? Itu yang diorang kata diorang dengar suara rakyat?

Sedangkan suara ahli sendiri pun diorang tak endah, inikan pulak la suara kita yang tak de kaitan lansung dengan diorang tu. Macam mana pulak la gamaknya ye.

Benda ni dah orang bagitau dulu dah. Malah bukan di Larut ni saja yang menghadapi masalah sedemikian rupa. Ditempat lain pun banyak jugak kes macam ni timbul.

Ahli akar umbi nak calon lain, tapi kepimpinan Pusat peduli apa dengan kehendak akar umbi tu. Yang penting bagi diorang ialah menang Pilihan Raya.

Tapi, macam mana nak menang kalau dok asyik beramuk sesama sendiri macam ni? Tinggal lagi, kalau kepimpinan Pusat tu yakin dengan pilihan diorang dan tak pedulikan lansung suara akar umbi, biar je la. Nanti menyesal, jangan salahkan orang lain pulak!!!
SELAMA - Dakwaan ahli Pas Larut bakal memboikot Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya calon pilihan mereka tidak dilantik sebagai calon bukti jelas wujud campur tangan pihak ketiga.


Setiausaha Jentera Pilihan Raya Pas Dun Selama, Mohd Ridzuan Abdul Malek berkata, dakwaan bantahan lebih 1,500 ahli Pas dari enam cawangan utama dalam Dun Selama ke atas keputusan Pas Pusat menggugurkan Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman sebagai calon tidak benar kerana jumlah ahli di enam cawangan itu tidak sampai 1,000 orang.

Menurutnya, kepimpinan parti turut mengesan penglibatan beberapa individu parti lawan turut sama pada sidang media oleh Ketua Pas cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor, Sabtu lalu.

“Bagi membuktikan sidang media yang diadakan sebelum ini tidak mendapat restu kepimpinan daripada enam cawangan utama parti sebagaimana disebutkan oleh Ahmad Zanian minggu lalu, wakil kepimpinan daripada kesemua cawangan berkenaan hadir membuat penafian pada hari ini (semalam).

“Kenyataan Ahmad Zanian kononnya Mohd Dhari mendapat 14 undian sokongan daripada UPU Dun Selama berbanding hanya sembilan undi diberikan kepada Ketua Penerangan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin dalam satu perjumpaan di antara Jawatankuasa Harian dengan ketua-ketua cawangan dan UPU pada 3 November lalu juga tidak berasas.

“Pas Selama hanya mempunyai 17 cawangan dan cawangan Redang Panjang adalah terletak di bawah Dun Kubu Gajah,” katanya kepada Sinar Harian pada sidang media di Markas Majlis Tindakan Dun Selama, Sungai Bayor, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pas cawangan Sungai Bayor, Adnan Che Ngah, Ketua Pas cawangan Kampung Air Kuning, Md Noor Yahya, Ketua Pas cawangan Teluk Mas, Mohd Zul Atfi Zakaria, Ketua Penerangan Pas Kampung Tapah, Mohd Sani Bahar dan Ketua Pas cawangan Kampung Garok, Mohd Nor Hanafi.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping