Selasa, Disember 11, 2012


Namanya nak dipanggil ulama? Ulama menda jadahnya kalau kuat sangat menipu ni. Kalau tak menipu tak boleh hidup ke dia ni?

Patut la ahli - ahli serta kepimpinan PAS Negeri Pahang ni pun tak suka dengan dia. Dah la dia dianggap sebagai orang luar, kerjanya asyik nak menipu pulak.

Kalau dulu, dia dok menipu ahli - ahli PAS dengan membuat dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum akan dibuat dalam musim Haji.

Lepas tu dia siap keluarkan arahan supaya semua ahli PAS yang dapat tawaran untuk menunaikan Haji menangguhkan ibadah mereka kepada Allah S.W.T.

Bagi dia, apa yang lebih penting ialah tanggungjawab Politik dari menunaikan Rukun Islam yang keenam tu. Maka ramai la ahli - ahli PAS yang totok berputih mata.

Bila diorang tau yang Pilihan Raya tak dibuat dalam musim Haji sepertimana yang didakwa oleh Si Pak Berahim ni, diorang mula la naik angin sebab ditipunya hidup - hidup.

Sekarang, dia nak buat fitnah pulak kata Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut, YM Datuk Seri Tengku Azlan bertindak keluar dari UMNO.

Tak sampai 24 jam isu tersebut dimainkan dalam laman blog Pro Pakatan, dah ada pun jawapan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Sekarang dah terbukti bahawa Pesuruhjaya PAS Pahang ni sekadar buat khabar angin. Dalam ertikata lainnya, dia menipu rakyat secara terang - terangan.

Jadi, macam mana orang nak hormat pada PAS kalau dah Ketua Penerangan Pusatnya kuat menipu macam Pak Berahim ni? Macam mana orang nak sokong PAS kalau dah itu je kerja yang dia tau buat? Nak suruh dia jaga Kebajikan Rakyat? Jangan mimpi la!!!
Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan beberapa blog. 

Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Perkata ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini.

“Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah. Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini,” katanya lagi.

Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut.

Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Ish..ish..ish.. hidup-hidup ditipu ea.. mati-mati kita percaya..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping