Alamak! Kalau macam ni, susah la Si Ostazah Pening tu nak cari makan. Dah la muka dia tak laku lagi untuk diambil berlakon sebab kelantangan dia mengutuk orang.
Sebelum ni, dia jugak yang tabur pasir dalam periuk nasi dia sebab menuduh industri hiburan tanah air ni hanya menyumbang kepada maksiat semata - mata.
Kata dia, semua orang yang terlibat dalam dunia industri tu semuanya makan rezeki yang tak halal belaka. Dalam ertikata lain, diorang cari rezeki Haram bagi dia.
Yang selama ini, dia dok mentekedarah duit dari lakonan tu menda kejadahnya? Lepas tu dia nak merungut kata orang tutup periuk nasi dia? Apa punya bodoh la dia ni.
Sekarang, apa yang dia boleh buat ialah membanggakan diri bila orang panggil dia Ostazah. Bukan sebab dia ada ilmu dalam agama pun.
Setakat baru sehari dua kenal Islam, nak panggil Ostazah menda jadahnya. Pun boleh jugak keluar fatwa yang bukan - bukan. Macam dah bertahun - tahun belajar kitab.
Kot kalau setadar tau dua tiga kerat ayat tu, tak layak lagi la dia nak ajar orang lain. Jauh sekali kalau dia nak digelarkan sebagai Ostazah. Tambah pulak, Ostazah mana ada nak maki hamun orang dalam laman twitter sesuka hati dia je. Itu Ostazah Mabuk namanya!!!
KUANTAN - Semua pihak di negeri ini diminta bersama-sama memantau kewujudan 'ustaz dan ustazah segera' bagi memastikan kemasukan mereka dapat dihalang.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, golongan terbabit kebiasaannya tidak mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang agama Islam tetapi mereka menyampaikan ceramah berdasarkan pengalaman selepas 'berhijrah'.
"Kewujudan mereka itu (ustaz dan ustazah segera) boleh disifatkan kepada mencari makan (meraih pendapatan) walaupun tidak mempunyai ilmu agama secara formal untuk membimbing masyarakat.
"Oleh itu, saya harap semua pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memantau keadaan ini supaya tidak berlaku penyelewengan akidah dan sebagainya," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang ke-12, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shahaniza Shamsudin (BN-Kuala Sentul) yang ingin tahu tindakan kerajaan bagi memantau kewujudan 'ustaz dan ustazah segera' di negeri itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.