Khamis, Disember 20, 2012


Semalam Semut menemankan sahabat @tauter80 yang baru dapat anak malam semalam. Memandangkan dia baru jadi ayah, jadi kena ada jugak orang yang tolong tunjuk.

Itulah semangat 'Setiakawan' namanya. Yang susah kita bantu. Nak pulak dalam keadaan kritikal. Alhamdulillah, semuanya selesai hari ini.

Ibu selamat, anak dia pun sihat. Dah berjumpa anak dengan ibu, baru la lega sikit hati dia. Yang penting, semua orang gembira.

Tinggal lagi, dalam memerhatikan prosedur kelahiran anak sahabat Semut semalam, ada jugak la beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.

Antaranya, persediaan untuk ibu bapa yang baru nak dapat anak. Persediaan tu penting. Kalau tidak, macam - macam masalah yang akan timbul.

Sebagai contoh, persediaan mental Si Suami. Bila tiba waktu bersalin, ramai jugak yang takut nak menemani isteri sebab diorang kesian tengok isteri dalam keadaan sakit.

Ye la. Siapa tak sedih beb bila tengok isteri macam setengah nak mati melahirkan anak. Lelaki segagah mana pun boleh menitis air mata.

Untuk Si Isteri pulak, persediaan dia dalam cara - cara nak melahirkan anak tu. Macam mana nak meneran dan sebagainya. Persediaan mental pun perlu jugak.

Tengok macam kat negara - negara luar dimana mereka menjadikan satu mandatori untuk ibu bapa yang bakal mendapat anak pertama.

'First Born', diorang hantar ibu bapa ke kelas khusus untuk menghadapi saat - saat kelahiran. Dia buat simulasi dan praktikalnya sekali.

Nah!!! Kan bagus kalau kat Malaysia ni pun dijadikan satu mandatori untuk ibu bapa yang bakal dapat anak pertama? Sekurang - kurangnya, tak de la timbul masalah. Jadi, fikir - fikirkan la ye.
Categories:

1 ulasan:

  1. mmm ikatan kekeluargaan nampaknya dah longgar. Tugas Nenek dan Opah, Mak Long dan Mak Ucu ipar duai sepupu sepapat wanita untuk menunjuka ajar pada ahli keluarga yang baru pertama kali nak bersalin dah makin mneghilang terhakis. Jarang saya nampak anak-anak muda wanita merujuk dan pada yang senior menunjuk ajar berkenaan hal sebegini sekarang. Mungkin gaya hidup dah berubah (pernah saya terlihat seorang berpangkat nenek ber FB hahah zaman dah berubah).

    Pada saya lelaki tidak sepatutnya berada di bilik bersalin. Bukan apa takut takut simpati yang terlebih pada isteri tengelam hasrat untuk anak kedua dan ketiga - jadi ragu-ragu akibat kesiankan Isteri. Juga mungkin boleh memberi kesan kepada hubungan badan di antara suami dan isteri. Maklum baru hendak bermukadimah sudah teringat peristiwa ngeri di bilik bersalin. Isteri pula haruslah jangan mengharapkan suami berada di sisi ada bersama. Bersabarlah jangan bermanja-manja sangat dengan suami ni. Hati kena cekal. Bukan apa takut-takut jika Suami ada di sisi, badan dan minda tidak bersedia untuk menghadapi tugas maha berat melahirkan anak. (suami ada disebelah- hati boleh jadi lembut manja dan tak cekal). Melahirkan anak bebannya hendaklah dianggap macam pergi perang. Antara hidup dan mati. Kalau orang kesayangan ada di sebelah rasanya badan dan pemikiran boleh terjejas - tak cukup fit dan ampuh untuk untuk menghadapi ujian melahirkan anak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping