FOKUS BERITA - Satu lagi bukti terserlah, bagaimana Pas akan berbuat apa sahaja untuk akur dengan rakan pakatannya DAP, apabila kerajaan negeri menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan kedai gunting di sini.
Setelah lebih 20 tahun melaksana dan mempertahan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, kerajaan Pas Kelantan akhirnya mengalah terhadap desakan rakan pakatan pembangkang atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya umum yang semakin hampir.
Pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata keputusan dibuat untuk menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik orang bukan Islam.
Ia diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri dan penangguhan itu sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.
Ini belum lagi pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan Pas, dan secara terang-terangan ditentang DAP, pelaksanaan undang-undang kecil begini pun Pas tidak dapat bertahan.
Dengan penangguhan itu bermakna semua kedai gunting rambut milik orang bukan Islam dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat dibawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan.
Isu kedai gunting rambut ini menarik perhatian umum terutama masyarakat Cina apabila akhbar baru-baru ini melaporkan seorang pengurus kedai gunting rambut di sini, Ong Lee Ting, mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.
Akibatnya, dia didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.
Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah.
Walaupun Karpal Singh menyambut baik keputusan penangguhan selepas itu, beliau sebenarnya mahu Pas meminda undang-undang kecil itu untuk menyediakan peruntukan yang tidak terpakai kepada orang bukan Islam.
Penangguhan itu sebenarnya langkah sementara, dan tidak menghairankan nanti bahawa Pas berkemungkinan pula akan akur dengan cadangan pengerusi kebangsaan DAP itu untuk meminda undang-undang kecil berkenaan.
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad berkata, akibat daripada 'berkawan' dengan DAP, PAS telah menyimpang daripada perjuangan asalnya demi menjaga hati rakan pakatan.
Pas sebenarnya sama-sama ghairah dengan pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya dan pemimpin parti itu tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam sebagaimana yang dicanang selama ini khususnya hudud, kata Wan Ismail.
Ps: Memang inilah hakikatnya. PAS memang sanggup sujud dan akur dengan DAPigs. Tapi sebagai golongan yang Anti Kebenaran, perkara ini yang diorang tak nak terima!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.