Jika sebelum ini, Pemuda PAS Maran mendabik dada dan berbangga dengan janji yang ditawarkan oleh Pakatan Pembangkang Pahang, tapi masih ada yang ketinggalan.
Mungkin bagi Pemuda PAS Pahang, perkara itu sudah mencukupi bagi mereka. Namun tidak pula bagi sesetengah penyokong - penyokong tegar parti itu.
Mereka melihat janji tersebut sebagai satu janji yang tidak membawa makna kerana asas perjuangan PAS telah dilupakan sama sekali.
"Untuk apa dijanjikan perkara - perkara yang memang dah dibuat oleh orang lain? Tak ke itu hanya sekadar menangguk di air yang keruh?"
"Apakah mereka lupa dengan apa yang diperjuangkan selama hari ini? Adakah cukup sekadar menjanjikan sesuatu perkara yang orang lain dah buat?"
Demikian persoalan yang diluahkan oleh sesetengah penyokong - penyokong PAS yang ditemui. Mereka jelas kecewa dengan apa yang telah berlaku.
"Sepatutnya, dalam janji tersebut turut dimasukkan perlaksanaan Hukum Hudud yang menjadi asas perjuangan PAS selama hari ini."
"Tetapi, malangnya, perkara itu tidak lansung diketengahkan oleh pemimpin - pemimpin Pakatan termasuk pemimpin PAS sendiri."
Nah!!! Bukan ke sebelum ini PAS jugak yang sering melaung - laungkan perjuangan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia?
Jadi, kenapa pulak perlaksanaan Hukum tersebut dipinggirkan dalam janji yang telah dibuat oleh Pakatan Pembangkang tu sendiri?
"Apa la gunanya perwakilan PAS menegaskan perkara tersebut dalam mukhtamar PAS yang diadakan baru - baru ini? Untuk apa Presiden PAS sendiri mengulangi pendirian tersebut kalau ianya tidak mahu dilaksanakan?"
Persoalannya, adakah PAS hanya sekadar mahu menipu rakyat dengan menyatakan bahawa mereka mahu melaksanakan Hukum Hudud?
Atau adakah Hudud itu hanya dijadikan sebagai modal untuk mereka memancing undi dikalangan umat Islam semata - mata?
Kalau setakat cakap je nak laksanakan Hukum tu, tapi dalam masa yang sama diorang sendiri tak nak buat, baik tak payah sebut!!! Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!! Menipu tu je la kerja diorang pun!!!
Seantero Dunia dah agak yg gagal PMR misti PAS MAHFUDDDDDDDDDDDDDDD!
BalasPadamLama mana nak menipu rakyat lambat laun rakyat akan tahu juga. Kerja menipu ini kerja yang tak berkat. Dgn kuasa Allah mereka mereka ini sedang melondeh seluar mereka sendiri.
BalasPadamMereka menipu, yang kena tipu tu puak puak tegar yang suka menyondol dgn riaknya. Orang macam kami ni sorry lah nak tipu.
BalasPadamMmg betul, seolah2 sedang londeh pakaian sendiri satu persatu. Knp jd mcmtu?. Kalau org2 PAS yg ada asas agama yg baik tentu tahu, sesuatu kejadian tu berlaku dgn takdir Allah. Bkn sengaja nk diada2kn. Tengok shj DAP. Sye pn x terfikir DAP akan buat kecoh psl undi CEC baru2 ni. Tukar keputusan atas alasan silap. Mmg ramai org gelak abis. Undi hanya melibatkn 2000 org lebih je. Silap?... Bkn berjuta2 yg diuruskn oleh SPR. Tu kira londeh diri sendiri le. Sape yg kempen sgt BERSIH tu?..DAP kan?...Dlm pemilihan CEC tu...bersih ka?
BalasPadamPAS tu plak...dah mcm2 dilondehkn sendiri. Jgn nk tuduh org lain plak punye keje. Isu kalimah Allah pn boleh pusing2...smpi org yg baca berita psl tu pn naik pusing kepala. Hahahaha.... Tu la dia...hasil sikap org2 PAS selama ini, sebhg sombong dan bongkak. Skrg....dgn2 pelbagai peristiwa yg berlaku..harap diambil iktibar dan bermuhasabah. Syurga/neraka bkn hak kita utk tentukan. Ia hak multak Allah S.W.T.