Ya. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Menegah Rendah atau PMR tahun ini sama ada mereka berjaya atau tidak.
Walaupun tak berjaya, jangan mudah berputus asa. Masih banyak lagi peluang diatas muka bumi Allah ini untuk kalian semua. Tapi, kena la sentiasa beringat.
Jangan jadi manusia sombong dan angkuh. Kena selalu sedar diri sendiri. Jangan pulak jadi macam sesetengah orang tu. Walaupun kantoi, dia masih tak sedar diri.
Masih jugak dia nak dabik dada dan mengaku kononnya dia la manusia paling bijak dalam dunia ni. Orang lain bagi dia semuanya bodoh belaka.
Tak sedar yang dia tu dah kantoi dalam SRP. Tapi masih jugak nak tunjuk pandai. Kalau setakat pandai menipu buat apa!!! Mengabihkan masa je.
Jadi, untuk anak - anak yang baru dapat keputusan PMR hari ini, sekali lagi diucapkan tahniah buat mereka. Ingat! Jangan jadi orang tak sedar diri macam Mahfuz Bean tu ye. Setakat pandai buat lawak bodoh, baik tak payah jadi pemimpin!!!
PUTRAJAYA - Seramai 30,474 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapat gred A bagi keseluruhan mata pelajaran, berkurangan sebanyak 3,797 atau 0.85 peratus berbanding 2011.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, secara keseluruhannya, keputusan PMR kali ini dalam 17 mata pelajaran kekal seperti tahun sebelumnya iaitu dengan Gred Purata Nasional (GPN) 2.71.
"Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran berkurang daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lalu kepada 241 orang (0.05 peratus) pada tahun ini.
"Manakala berdasarkan mata pelajaran, empat subjek utama iaitu bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam mencatatkan penurunan prestasi," katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan PMR di sini hari ini.
Seramai 1,838 daripada 23,530 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat A dalam semua mata pelajaran bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.
Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu, Kuala Lumpur, Ismail Musa berkata, secara keseluruhan pencapaian calon dari segi Gred Purata Negeri dalam 17 mata pelajaran adalah lebih baik berbanding dengan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.60 berbanding 2.71 mata.
Katanya, walaupun Gred Purata Negeri merosot sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lepas, pencapaian calon yang menguasai gred A, B. C dan D meningkat sebanyak 0.13 peratus.
Pakatan Rakyar longkang.
BalasPadam