Sabtu, Disember 15, 2012


KUALA LUMPUR: Isu saman “kelakuan kurang sopan” ke atas pasangan bukan Islam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan berkemungkinan besar akan menjejaskan peluang Pakatan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang, kata Mustafa Ali.



Setiausaha agung PAS itu turut mengakui tempias akan dirasai oleh PR menjelang PRU nanti. 


“Saya tidak boleh kata langsung tidak memberikan kesan kepada pengundi bukan Islam. Ia mungkin ada beri kesan," kata Mustafa.

Malah, Mustafa juga menyalahkan MCA kerana membesar-besarkan isu ini dan memberi persepsi buruk kepada PR, mengkritik akhbar harian bahasa Inggeris The Star, kerana mempunyai niat jahat terhadap parti tersebut.

“Ia mungkin menyebabkan timbul persepsi kurang baik kepada PR. Tindakan MCA ini adalah satu tindakan jahat.” tambah Mustafa. 


The Star melaporkan  tentang penguatkuasa Kelantan menyaman dua pasangan bukan Islam berkhalwat baru-baru ini, jenayah di bawah undang-undang syariah, tetapi PAS dengan pantas menjelaskan ianya saman bagi kelakuan tidak senonoh.

MCA mengutuk tindakan oleh penguatkuasa negeri dan menuduh kerajaan PAS mengenakan hukum hudud ke atas bukan Islam.

Sekutu PAS seperti pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw masuk campur dalam isu itu, dan meminta kerajaan negeri untuk menjelaskan tentang saman tersebut.

Isu itu timbul dan menjadi apabila seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, Ong Lee Ting mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

Akan tetapi kerajaan Kelantan menggantung peraturan-peraturan berkaitan dengan pendandan rambut dua hari lalu selepas kekecohan tersebut.

PAS, DAP dan PKR mendapat kemenangan bersejarah semasa PRU 2008, merampas empat lagi negeri dan memenangi 82 kerusi parlimen untuk menafikan majoriti tradisi dua pertiga gabungan Barisan Nasional (BN) daripada 222-kerusi.

Kemenangan 2008 menguatkan keyakinan PR untuk bekerja bermatian-matian pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan membentuk kerajaan persekutuan tetapi beberapa siri isu-isu menyebabkan mereka berada dalam keadaan defensif.

Menjelang PRU ke-13, BN berusaha keras untuk tidak menggalakkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan  PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam.

Walaupun bukan Islam dikecualikan daripada undang-undang Syariah, sistem dua mahkamah di Malaysia menyebabkan pertindihan dan kekelabuan mengenai kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


Ps: Apa - apa pun, diorang nak salahkan MCA jugak. Kenapa tak salahkan DAPigs sedangkan diorang yang mula - mula timbulkan isu tersebut?

Mengaku je la yang Parti Angguk Saja tu takkan mampu nak lawan dengan DAPigs. Kan senang. Tak payah la Pak Mus nak meroyan tak tentu arah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. MCA BUAT MCM TU JAHAT LAA??? KALAU DAP YANG BUAT MCM TU KAT UMNO KORANG CAKAP APA??? ORG2 PAS ADALAH MANUSIA HINA DI BUMI MSIA INI SAMA HINA DGN DAP. KALAU BOLEH AKU NAK LUDAH JER MUKA GAMPANG2 DLM PAS YG MENGGIGIL KALAU DAP YG TENGKING.... BABI BETUL !!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping