LUMUT - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai beberapa projek infrastruktur termasuk pembangunan semula Jeti Swettenham yang dilaksanakan di negeri itu.
Beliau menegaskan, Guan Eng sepatutnya sedar beberapa isu yang timbul dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri itu sebenarnya berpunca daripada sikap kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang enggan memberi kerjasama.
"Kenyataan Ketua Menteri (Guan Eng) tidak semuanya betul. Banyak perkara yang tidak dapat dilakukan kerana mereka (kerajaan negeri) sendiri tidak bekerjasama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program Satu Komuniti, Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dan Pengarah JPJ negeri, Ramli Awang Seberang.Cho Ha mengulas kenyataan Guan Eng yang mahu beliau turun sendiri ke Pulau Pinang bagi melawat projek Tanjung City Marina serta pembangunan semula Jeti Swettenham yang didakwa terbengkalai dan bermasalah.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa, pihaknya turut menerima aduan daripada pemilik kapal-kapal persiaran bahawa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di kawasan itu tidak memuaskan.
Cho Ha bagaimanapun berkata, pada masa ini tiada keperluan untuk beliau turun meninjau projek tersebut memandangkan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Tan Cheng Liang sudah turun padang dan membuat penjelasan panjang lebar mengenainya.
Laporan akhbar hari ini memetik kenyataan Cheng Liang bahawa Guan Eng adalah individu yang perlu bertanggungjawab ekoran pembatalan pembaharuan hak milik tanah Jeti Swettenham, enam bulan selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.
Menurut Cheng Liang, pembatalan itu menyebabkan terminal berkenaan tidak mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Ekoran itu, pihaknya berdepan pelbagai masalah kerana hanya diberi CF sementara yang perlu diperbaharui setiap enam bulan.
"Saya terkejut beliau (Guan Eng) membuat kenyataan sedemikian. Lebih-lebih lagi mengenai Jeti Swettenham kerana beliau yang membatalkan permohonan kami untuk memperbaharui hak milik tanah," kata Cheng Liang seperti dipetik dalam laporan itu.
Ps: Apa nak pelik dengan Si Biawak Tokong yang sombong dan angkuh ni. Dia memang mudah hilang ingatan.
Dia ni lebih kurang sama je dengan 'Abang' dia Si Mat Syabun Komunis Penipu tu. Bercakap pun merapu - rapu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.