Khamis, Disember 13, 2012


Hari tu, diorang jugak yang dok sibuk tabur fitnah sana sini. Lepas tu kena saman, pun masih jugak tak nak mengaku. Sekarang, apa cerita?

Kenapa pulak diorang beria - ia nak buat rayuan agar diketepikan keputusan mahkamah tu? Dah tak de duit dah ke nak bayar saman yang dikenakan?

Mana pergi duit yang puak - puak Yahudi bagi kat diorang sebelum ini? Habis dilaburkan untuk menabur fitnah tak tentu arah?

Inilah yang dikatakan oleh peribahasa Melayu, 'Kerana Mulut, Badan Binasa' ni. Tapi, diorang tak nak dengar. Lain kali, nak buat dakwaan tu, biar la ada bukti. Jangan ikut sedap mulut je. Sekarang, sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
PULAU PINANG 12 Dis. - Permohonan untuk mendapat kebenaran merayu oleh tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masing-masing diperintah membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 29 November lalu. 
Ketiga-tiga defendan itu ialah Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar, Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam, Jab Samat dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin. 
Peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar yang mewakili Aminah berkata, sehubungan itu, pihak defendan perlu mematuhi notis perintah mahkamah yang dihantar pada 3 Disember lalu supaya mereka membayar ganti rugi tersebut. 
‘‘Kita akan memohon di mahkamah selewat-lewatnya minggu depan untuk menguatkuasakan pelaksanaan penghakiman ini ke atas ketiga-tiga defendan,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 
Pada 27 September lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan ketiga-tiga defendan masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada Aminah dalam satu kes saman fitnah. 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk G.V. Varghese membuat keputusan itu selepas mendapati defendan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas. 
Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta pada 15 Jun 2011 terhadap semua defendan berkenaan serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah, Mohd. Sabri Said; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pas.
Ps: Lepas ni, jangan pelik la kalau diorang tuduh mahkamah tak adil sebab suruh diorang bayar denda yang dikenakan ke atas diorang tu. Memang itu la kerja diorang pun!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Dulu guan eng seronok bila dia menang saman terhadap utusan malaysia, sekarang ni terima je laa akibat terlalu seronok menjadi barua kepada nuar brahi sehinggakan kalian bertiga seolah-olah mendapt lesen besar menyebarkan fitnah..lepas ni kita tengok pula sianak haram felda tak tak reti mengenang budi iaitu sialiman, haramkah dan suara keadilan disaman oleh Felda..sekarang baru tau bertemu buku dengan ruas..kalau Najib dan rosman boleh la kalian buat fitnah sebab dia kesian nak saman kalian sekarang terima je laa..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping