Korang jangan salah anggap beb. Memang begini la caranya puak - puak Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Khalid Gagap tu menjaga Kebajikan Rakyat.
Kalau sebelum ni, dia arahkan Exco dia untuk saman balas terhadap tuntutan yang dibuat oleh rakyat semata - mata untuk mendiamkan mereka. Itu je tujuan dia sebenarnya.
Lepas tu, dia suruh sekor lagi Exco belaan dia cari kesalah orang lain kerana tindakan merobohkan kuil baru - baru ni. Yang penting, semua ni bukan salah Rejim.
Sekarang, dia nak rakyat tanggung derita selama 100 tahun dan akan tetap membiarkan mereka hidup dalam kehausan. Itulah cara dia menjaga Rakyat beb.
Nampak sangat Si Khalid Gagap ni memang suka mendabik dada dengan keangkuhan. Dia ingat dia dapat pegang kuasa di Selangor tu selama 100 tahun ke?
"Kalau UMNO dan Barisan Nasional, berani tak nak buat cara macam ni? Tak berani!!! Jadi, tunggu apa lagi. Moh la TUKAR," kata Si Khalid Gagap tu dengan penuh rasa angkuh. Jangan nanti dia yang kena tukar sudah la!!!
SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini tetap dengan pendiriannya untuk tidak melaksanakan Projek Langat 2 meskipun rakyat terpaksa menunggu lebih 100 tahun untuk menikmati kemudahan air yang sempurna.Menurut Khalid, beliau telah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berhubung kemelut Projek Langat 2 yang masih belum selesai sehingga kini."Tidak mengapalah, kalau 100 tahun pun tidak apa lagi. Tapi kita sudah bagitahu, proses negeri adalah kita akan usahakan bersama dengan penyusunan air di negeri Selangor."Dan saya sudah tulis surat kepada Peter Chin dan Timbalan Perdana Menteri untuk perkara ini diselesaikan. Jawapan Peter Chin di Dewan Negara tidak menyelesaikan masalah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, disini hari ini.Khalid berkata demikian mengulas kenyataan Peter yang mendakwa Projek Langat 2 sudah tertangguh selama 29 bulan apabila kerajaan Selangor memberi arahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menangguhkan pemberian 22 kontrak kepada kontraktor berpotensi.Peter berkata berdasarkan jadual asal, pembinaan loji itu sepatutnya sudah pada tahap 68.95 peratus, namun setakat Oktober lepas status pembinaan hanya 28.40 peratus.Dalam pada itu, Khalid memberitahu penangguhan pemberian kontrak yang dilakukan oleh PBT adalah langkah pihaknya bagi mengelakkan kesan negatif kepada perbelanjaan kerajaan negeri."Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi tugas untuk memantau supaya setiap langkah ini tidak beri kesan negatif kepada perbelanjaan yang akan ditanggung kerajaan negeri kelak," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.