SUKA SS melihat perubahan berlaku dalam industri hiburan tanah air kini apabila ramai artis wanita sudah bertudung. Bahkan, soal perubahan ke arah kebaikan itu juga berlaku kepada artis lelaki.
Pun begitu, masih ada cerita yang kurang enak mengenai sikap artis yang sudah berhijrah ini disampaikan kepada SS.
Menurut kisah disampaikan seorang teman, dia cukup kecewa dengan sikap seorang artis yang sudah berhijrah tetapi suka menunjuk-nunjuk betapa dia adalah orang yang baik.
Kata teman itu, dia sebenarnya tak menyangka artis berkenaan akan berubah sebegitu kerana sejarah lalunya pun begitu naif.
Kata teman itu, dia tidak kisah jika ada artis sudah berhijrah enggan bersalam dengan yang bukan muhrim tetapi yang paling mengecewakan apabila ada di antaranya memandang sinis pada mereka yang belum mendapat seru ke arah kebaikan. Ujar teman SS lagi, apapun manusia memang tidak sempurna.
Mendengar luahan rasa teman itu, SS faham betapa dia berkecil hati. Tetapi, apakan daya ragam manusia sukar dijangka. Justeru, bersabar sajalah dengan dugaan dialami.
Bagi SS pula, lebih suka bersangka baik saja. Barangkali, ketika itu emosi artis berkenaan tidak stabil maka dia bersikap demikian. Kemungkinan, tiada tidak berniat apa-apa.
Lagipun, SS tiada di tempat kejadian dan hanya mendengar cerita sebelah pihak saja. Jadi, tidak adil untuk menjatuh hukuman kepada tindakan artis berkenaan sebelum diketahui niat sebenarnya.
Apapun, sebagai manusia biasa SS tahu hati mudah tersentuh dan tercuit dengan setiap kelakuan. Namun, SS tak suka simpan di dalam hati dan biarlah ia berlalu begitu saja.
Ps: Kalau setakat enggan bersalam dengan orang bukan muhrim tu tahan lagi. Yang dok keluar fatwa dan menghina orang lain dalam twitter tu, lagi macam cibai!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.