Selasa, Disember 04, 2012


SELURUH umat Islam dituntut mendalami agama sebagai bekalan dunia dan akhirat. Bagaimanapun, jangan sampai tersalah menuntut atau terlalu taksub dengan sesuatu perkara hingga tidak mengupas isi dalamnya.

Ibaratnya begini, jika kita membaca al-Quran setakat membaca tanpa mentafsirnya, manakan kita faham sejarah, peristiwa, kisah dan maksud ayat yang terkandung di dalamnya. Jika mahu mendalami, ada hadis sahih untuk dijadikan rujukan. 

SS bukan hendak tunjuk pandai, terus-terang SS sendiri jahil tetapi, sebagai orang yang jahil adalah wajar untuk kita belajar dan mendalami tetapi bagaimanakah caranya? 

Mungkin secara berperingkat-peringkat. Ambil tahu dan belajar perkara asas dulu misalnya memastikan cara bersolat betul dan bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul. 

Ini keperluan asas tidak lepas, tiba-tiba lagaknya seperti ustaz atau ulama itu tidak bolehlah. Siapa kita untuk meletakkan diri kita di taraf yang tinggi seperti golongan celik ilmu agama.

Terus saja kepada topik yang ingin diperkatakan SS ini ada kaitan dengan sikap suami seorang artis. Suami pelakon itu menjadi taksub sejak dia mula bertaubat.

Tidak salah bagus sebenarnya apabila kita teruja untuk mendalami agama Islam yang suci tetapi jangan sampai abaikan beberapa perkara. 

Maksud SS kerana ketaksuban suami pelakon ini mendalami agama, dia sampaikan tidak bekerja sedangkan ada isteri dan anak yang perlu diberi nafkah. 

Apabila, isteri mohon izin berlakon untuk menampung kehidupan dia marah kerana haram cari rezeki dengan wang hasil berlakon. 

Barangkali benar katanya, tetapi kalau sudah tahu haram si isteri berlakon atau bekerja tanpa izin, yang si suami duduk lepak-lepak dekat rumah saja buat apa? Mana tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga? Hendak tunggu rezeki turun dari langit ke? 

Kalau sudah hebat belajar agama pasti faham menunggu rezeki turun dari langit atau sebarang perbuatan menilik nasib, haram dan berdoa hukumnya. Apatah lagi, mengabaikan anak isteri yang seharus mendapat pembelaan. 

Membuatkan SS geleng kepala, apabila hujan turun si suami artis itu akan berlari keluar rumah dan berzikir tengah-tengah hujan. Ajaran mana dia ikut SS pun tak tahu. Apa salahnya membaca doa dia dalam rumah saja kerana Yang Maha Esa itukan Maha Mendengar. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping