Rabu, Disember 12, 2012



SUDAH serik! Begitulah yang dialami oleh seorang pengarah drama yang semakin hebat berkarya. Baru-baru ini rakan SS ditugaskan buat liputan sebuah drama bersiri yang rancak menjalani penggambaran di sekitar ibu kota.

Dalam pada berborak mengenai drama ini, si pengarah tadi pun bercerita satu pengalaman pahit yang dilaluinya ketika bekerja dengan pelakon baru. Mereka dipilih untuk berlakon drama terbitannya. 


Apa yang melucukan, pelakon ini tampil mendakwa pernah berlakon dan publisiti mengenai mereka pernah terpampang dalam majalah. Mereka beriya-iya menyakinkan dia supaya mengambil berlakon. 

Disebabkan kesuntukan masa dan tiada pilihan serta kesungguhan yang ditunjukkan, pengarah ini pun bagi peluang untuk mereka. 

Lagipun dia berpegang pada prinsip kalau muka baru tak diberi peluang, siapa lagi yang nak bagi. Proses penggambaran pun berlangsung dan ketika inilah si pengarah lihat sesuatu yang tidak kena berlaku. 



Bayangkan babak yang semudah ABC pun terkial-kial pelakon ini nak habiskan. Harap muka saja cantik, tapi lakonan memang kayu habis.



Mulanya memanglah pengarah ini bersabar kerana mungkin mereka tiada pengalaman dan boleh bertukar jadi sebaliknya apabila diberi tunjuk ajar. 

Bagaimanapun apabila ajaran yang diberi tidak masuk juga, dia mula bosan dan terus naik hantu. Akhirnya prinsip dia pun berubah. 

Daripada berhasrat nak bagi peluang dia meletakkan syarat baru sebelum ambil muka baru, berlakon dengannya. 

Padanya pelakon baru yang tidak dikenali dan tidak pernah nampak muka berlakon mana-mana drama, perlu menjalani uji bakat terlebih dahulu sebelum dipilih berlakon dengannya. 

Pada SS, ini cara yang sebenarnya. SS sendiri jadi pening lalat apabila tengok ada sahaja muka baru muncul dalam majalah dan mengaku berlakon sedangkan muka mereka tidak pernah kelihatan sebelum ini. 

Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping