Ya! Demikian ayat yang paling sempoi mampu diluahkan oleh Si Nik Aziz ni. Tapi, itu pun kalau dia ni masih muda remaja lagi la. Mungkin, ayat macam tu sesuai la kot.
Masalahnya sekarang, dia dah tua. Keluar masuk Hospital tu tak terkira dah sebenarnya. Cuma dia je yang tak nak mengaku. Maklum la, tak sedar diri.
Itu pasal la dia tetap jugak nak bertanding dalam PRU akan datang. Apa yang penting bagi dia ialah untuk menetang UMNO, melawan sesama bangsa dan agama dia sendiri.
Mengkala nak mengharapkan dia nak jaga Kebajikan Rakyat? Jangan mimpi la. Buat mengabihkan masa je. Nak kata dia memperjuangkan Islam?
Pun tak boleh jugak sebab apa yang penting bagi dia ialah membalas dendam kesumat terhadap orang yang sama bangsa dan agama dengan dia. Islam tu sekadar alat Politik. Bukannya dia nak menegakkan Islam sangat pun!!!
KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik."Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya."Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.