Selasa, Januari 01, 2013


Setiausaha Penerangan Badan Perhubungan Umno Terengganu, A Latiff Awang bersetuju supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi peluang menjelaskan mengenai Amanat Haji Hadi secara langsung selama satu jam melalui RTM dan TV3.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan ia dilakukan secara bersyarat dengan memastikan pimpinan Pas itu menjadikannya sebagai pentas untuk menarik semula amanat  wyang dikeluarkan kira-kira 20 tahun dahulu di Banggol Peradong yang menyumbang kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

“Saya bersetuju dengan cadangan itu dengan syarat beliau mahu menarik balik amanat, bukan untuk memberi peluang menjelaskannya sahaja kerana penjelasan semata-mata akan  tetap menambah kekeliruan dan kekusutan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan ia sebagai langkah yang baik dalam usaha menyelesaikan kemelut yang masih membelenggu segelintir masyarakat Islam termasuk di Terengganu.

“Kita rasa tiada masalah supaya kita boleh lihat sendiri pendirian Haji Hadi dalam perkara ini dan paling tidak, ia dapat meleraikan kekusutan di kalangan masyarakat Islam. Ia sangat elok dan bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Presiden Pas itu supaya kerajaan memberinya peluang bersiaran secara langsung selama satu jam melalui RTM dan TV3 untuk menjelaskan mengenai Amanat Haji Hadi yang sedang hangat diperkatakan.

Dalam perkembangan sama, A Latiff bagaimanapun meminta supaya penjelasan Abdul Hadi dilakukan di tempat terbuka yang boleh dihadiri ramai pihak.

Beliau berkata, jika kemungkinan perkara itu berlaku, konsep yang dilaksanakan juga bukan hanya mengambil kira penjelasan Abdul Hadi semata-mata, sebaliknya mengadakan soal jawab dan turut membawa panel pengimbang termasuk dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Biar ada panel lain yang berada di pentas yang sama supaya boleh diajukan soalan kenapa dan mengapa amanat itu tidak bagus untuk masyarakat Islam. Kalau ia berlaku satu hala sahaja, ia tidak menyelesaikan kekeliruan yang timbul,” katanya.

Menyentuh perkara sama, A Latiff menganggap Amanat Haji Hadi memberi pengaruh yang besar apabila kesannya masih berlaku sehingga kini.

Jelasnya, isu mengkafirkan Umno turut memberi kesan tersendiri sehingga berlaku perpecahan dan timbul beberapa isu lain seperti sembahyang dua imam, orang Pas tidak makan sembelihan orang Umno dan juga nikah dua kali.

“Di sebalik apa yang berlaku itu, sehingga kini ia tidak diberi sebarang penjelasan oleh Haji Hadi. Kita harap beliau tarik balik amanat tersebut bagi mengelak kekeliruan yang timbul di samping mewujudkan politik yang lebih matang,” katanya.

Ps: Nampak gayanya, peluang untuk Hadi Awang menjadikan isu ni sebagai satu gimik Politik dah makan diri dia sendiri.

Dia ingat orang UMNO atau pihak Kerajaan akan menentang cadangan yang dia buat sebelum ini. Tapi, perkara sebaliknya berlaku.

Tak boleh la dia nak tarik balik apa yang dia dah cakap. Terpaksa jugak la dia muncul dalam televisyen walaupun ianya Besi.

Mungkin, dia tak nak termakan dek sumpah seranah sendiri yang kata TV ni besi, maka sebab itu la dia buat dakwaan yang bukan - bukan.

Belum apa - apa lagi, dia tuduh kata rakaman yang akan dibuat tu akan diselewengkan. Nampak sangat la Si Hadi Awang ni tak ikhlas sebenarnya. Dia setakat bercakap je pandai. Tapi, bila betul - betul, dia ketar lutut!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping